Sebelum dilantik menjadi ahli serti mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap perkara tersebut. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu LULUS ujian-ujian berikut : -
Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia.
Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap.
Lima Prinsip Rukun Negara.
Hormat Pengakap & Cogankata Pengakap.
Sejarah Pergerakan Pengakap.
Cerita Hutan.
Laung Agung.
Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap diatas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja.
1) Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia.
Arahan: Lukis serta warnakan. Tulis makna bagi setiap bahagian pada lambang tersebut.
Lambang Pengakap Sedunia World Organization of the Scout Movement (WOSM)
Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
Warna putih-kesucian dan kebersihan.
2) Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap.
Arahan: Tulis dan hafal
Bahawa dengan sesungguhnya,
saya berjanji dan bersetia yang saya,
dengan seberapa daya upaya saya akan :
Taat kepada Tuhan, raja dan negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut undang-undang pengakap.
dipercayai
taat
berguna
bersaudara
berbudi
kasihkan binatang
menurut perintah
tabah hati
berjimat
suci fikiran, perkataan, perbuatan
3) Lima Prinsip Rukun Negara.
Arahan: Tulis dan hafal
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Lima Prinsip Rukun Negara
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
4) Hormat Pengakap & Cogankata Pengakap.
Arahan: Tulis, Lukis dan praktik untuk membuat hormat pengakap.
Isyarat Pengakap
Isyarat Pengakap menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan jari manis diluruskan sementara ibu jari membengkokkan jari kelingking. Tiga jari digunakan adalah membawa tiga pengertian:
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap
Ibu jari menerkan jari kelingking, merupakan semua Pengakap bersatu dalam ikatan persahabatan dan sebagai setiap ahli pengakap adalah patuh kepada persetiaan dan undang-undang pengakap.
Hormat Pengakap
Hormat Pengakap dilakukan apabila;
Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negara bagi menunjukkan persaudaraan dan penghormatan.
Menemui guru besar, pentadbir kumpulan, pemimpin, penolong pemimpin dan ketua sekawan.
Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil, penganugerahan lencana-lencana dan sebagainya.
Selesai menaikkan bendera dalam upacara "Laung Agung"
Cogankata Pengakap Kanak-kanak: Buat Sehabis Baik
Untuk menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak seorang kanak-kanak itu mestilah telah berumur 8 tahun, tetapi belum sampai umur 13 tahun. Dia tidak boleh menyambung sebagai Pengakap Kanak-Kanak apabila dia telah sampai umur 13 tahun.
5) Sejarah Pergerakan Pengakap.
Arahan: Tulis di dalam buku log dan fahamkan petikan dibawah.
Lord Baden Powell
Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Biodatanya adalah seperti berikut;
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Febuari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan Bekas : Mejar Tentera British
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941
Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Dari situ, kegiatan berpengakap telahpun muncul di Tanah Melayu seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.
6) Cerita Hutan.
Arahan: Tonton video dibawah dan buat ringkasan cerita (100 patah perkataan) di dalam buku log.
7) Laung Agung.
Arahan: Tonton video dibawah dan tulis langkah-langkah untuk melakukan "Laung Agung" di dalam buku log.