Setiap tugasan yang berjaya diselesaikan akan mendapat Pengesahan Selesai Tugasan (PST) yang akan di hantar melalui emel yang didaftarkan. Kumpulkan 5 PST dan hantar dengan menggunakan Dapatkan Sijil untuk melengkapkan Skim Latihan Lencana Ahli Sukan Permainan (LASP) ini. Sijil digital akan dihantar ke emel yang didaftarkan.
Menulis undang-undang dan peraturan mengenai SATU jenis permainan berikut : bola sepak, bola tampar, badminton, rounders, hoki, sepak takraw, ping-pong, bola baling, ragbi dan bola jaring. (pilihan sukan adalah mengikut kelab sukan permainan kamu semasa waktu ko-kurikulum di sekolah).
Membuktikan yang Pengakap Kanak-kanak itu boleh bermain sekurang-kurang dua (2) permainan pasukan. (berikan 2 keping gambar permainan tersebut, Cth; jika dia ahli sukan permaian di sekolah bola sepak, dia perlu menunjukkan permainan lain seperti badminton dan permainan dalaman berpasukan)
Menunjukkan yang ia terlibat sebagai pemain dalam peringkat rumah sukan, sekolah, daerah / negerinya. (berikan 1 keping gambar menunjukkan kamu terlibat dalam latihan untuk sukan permainan tersebut atau gambar kamu memakai baju rumah sukan sekolah / jersi pasukan sekolah)
Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alat permainan pasukannya setelah digunakan. (menulis tatacara untuk menjaga & menyimpan peralatan mengikut sukan permainan kamu)
Mengetahui cara membersihkan badan setelah bermain. (menulis cara membersihkan badan setelah bermain)
TEKAN PADA BUTANG KUNING UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI
Sila dapatkan bantuan dari ibu bapa atau orang dewasa jika terdapat sebarang masalah.
Menulis undang-undang
2 gambar permainan
1 gambar pemain
Menulis tatacara
Menulis cara
SETELAH SELESAI SEMUA TUGASAN, SILA HANTAR SEMUA PST DENGAN MENGKLIK BUTANG INI UNTUK SIJIL DIGITAL LENCANA AHLI SUKAN PERMAINAN.
SETELAH SELESAI SEMUA TUGASAN, SILA HANTAR SEMUA PST DENGAN MENGKLIK BUTANG INI UNTUK SIJIL DIGITAL LENCANA AHLI SUKAN PERMAINAN.
Kepada semua ahli pengakap yang mengambil bahagian dalam Edisi Khas Ujian Lencana PPM Daerah Butterworth, sila semak keputusan ujian bagi setiap lencana pada Tab "Semakan No Siri Sijil". Jika ada "Semak Semula" sila laksanakan semula bahagian yang dimaklumkan sahaja. Jika tiada tindakan diambil, kamu tidak akan mendapat no siri sijil dan sijil yang telah dijana adalah tidak sah.