UNIT TERAPI CARAKERJA
LATAR BELAKANG
Perkhidmatan pemulihan carakerja di Unit Terapi Carakerja Hospital Sultanah Nora Ismail, bermula pada tahun 2001. Lokasi unit terletak di Bilik 13 Blok A serta mempunyai kemudahan pejabat, ruang rawatan am, bilik rawatan kanak-kanak, bilik penilaian dan kemudahan pantri bagi kegunaan anggota dan keperluan latihan domestik pesakit. Perkhidmatan yang ditawarkan terdiri daripada perkhidmatan penilaian dan pemulihan bagi pesakit luar, pesakit dalam juga perkhidmatan berkepakaran dengan kerjasama jabatan klinikal yang berkaitan.
Unit ini diketuai oleh Puan Zurairah binti Senin@Saman (Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja U41) dan turut dianggotai oleh seorang Jurupulih Perubatan Carakerja U36, 3 orang Jurupulih Perubatan Carakerja U32, 8 orang Jurupulih Perubatan Carakerja U29 dan seorang Penolong Perawatan Kesihatan.
VISI
Penyedia perkhidmatan pemulihan carakerja yang berkualiti dan berkesan, sekaligus meningkatkan kualiti hidup pelanggan.
MISI
Perkhidmatan yang diberikan adalah berteraskan pengetahuan, kemahiran, amalan evidence based practice berlandaskan etika dan profesionalisme.
OBJEKTIF
1. Memberikan perkhidmatan penilaian dan intervensi kefungsian pesakit berdasarkan piawaian perkhidmatan yang telah ditetapkan.
2. Memastikan perkhidmatan yang diterima oleh pesakit dijalankan secara tepat, selamat dan berkesan.
3. Pegawai Pemulihan dan Jurupulih carakerja sentiasa kompeten dari segi pengetahuan dan kemahiran dengan mengikuti aktiviti pembelajaran secara berterusan.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Jadual Perkhidmatan Unit Terapi Carakerja - EXT 3030
AHAD hingga RABU : 8.00 pagi - 5.00 petang
KHAMIS : 8.00 pag - 3.30 petang
Perkhidmatan Pesakit Dalam
Berdasarkan rujukan daripada wad
Perkhidmatan Komuniti
MENTARI Batu Pahat - Program Sokongan Pekerjaan
Lawatan ke rumah / sekolah - Penilaian persekitaran, kefungsian dan pendidikan pesakit atau komuniti
Skop dan Komponen Perkhidmatan
1. Pemulihan Carakerja Ortopedik
• Kecederaan tangan dan anggota atas
• Kecederaan saraf tunjang atau periferi
• Kecederaan muskuloskeletal
• Amputasi
2. Pemulihan Carakerja Psikiatri dan Kesihatan Mental
• Pemulihan Psikososial
• Sokongan Pekerjaan
• Kanak-kanak dan remaja
3. Pemulihan Carakerja Perubatan
• Perubatan am
• Kardiak
• Geriatrik
4. Pemulihan Carakerja Pembedahan
• Pembedahan am
• Luka terbakar
• Neurosurgeri
5. Pemulihan Carakerja Pediatrik
• Fizikal dan lewat perkembangan
• Masalah pembelajaran