JABATAN ORTOPEDIK
LATAR BELAKANG
Jabatan Ortopedik menyediakan perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam untuk pemeriksaan, diagnosis, rawatan, intervensi pembedahan dan rehabilitasi bagi kondisi yang berkaitan. Jabatan Ortopedik diketuai oleh Dr Mohd Hudzairy bin Ahmad, Pakar Ortopedik Gred Khas C. Jabatan ini turut dianggotai oleh 4 orang pakar perubatan, 16 orang pegawai perubatan, 2 orang ketua jururawat, 22 orang jururawat terlatih dan 5 orang pembantu perawatan kesihatan.
VISI
Visi jabatan adalah untuk menyediakan perkhidmatan berpakar yang selamat kepada pesakit, berdasarkan prinsip penyayang, efisien dan professional.
MISI
1. Untuk menyediakan rawatan yang mementingkan pesakit, efisien dan mengetengahkan latihan dalam perkhidmatan.
2. Menyediakan servis yang efisien dan komprehensif untuk pesakit trauma yang memfokuskan penjimatan kos, dan mengoptimumkan pemulihan fungsi badan pesakit dalam masa yang sama mengehadkan kecacatan.
OBJEKTIF
1. Pesakit Dalam
Untuk Menyediakan penjagaan pesakit yang efektif termasuk membuat diagnosis dan rawatan awal dalam keadaan pesakit yang kondusif seterusnya meningkatkan standard kesihatan masyarakat.
2. Pesakit Luar
Untuk menyediakan khidmat diagnosis, pemulihan pesakit yang sesuai, efektif, dan mencukupi bagi pesakit yang memerlukan rawatan susulan
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Jadual Perkhidmatan Klinik Pakar 2 (Ortopedik) - EXT 3196
AHAD : Klinik pesakit diabetik dan klinik pesakit kanak kanak: 8.00 pagi-1.00 petang
ISNIN : Klinik Rujukan Kes Baru: 8.00pagi-1.00 petang
Klinik Kes Khas: 2.00 petang - 5.00petang
SELASA : Klinik rawatan susulan: 8.00 pagi - 1.00 petang
Jadual Perkhidmatan Intervensi Pembedahan:
PEMBEDAHAN ELEKTIF
Untuk pesakit dalam wad - setiap hari RABU dan KHAMIS
PEMBEDAHAN KECEMASAN SEGERA
Untuk keadaan pesakit yang mengancam nyawa atau boleh menyebabkan kehilangan anggota badan dan memerlukan pembedahan segera.
KES TRAUMA : Sebelum 6 jam.
KES BUKAN TRAUMA : Sebelum 8 jam.
Perkhidmatan Jagaan Harian
Untuk tujuan diagnosis dan prosedur kecil
Minggu pertama : RABU
Minggu kedua : AHAD
Minggu ketiga : SELASA
Minggu keempat : AHAD
Pesakit dalam
Wad 5A dan 5B
Fasiliti untuk pemeriksaan, diagnosis, rawatan dan penjagaan, intervensi pembedahan dan rehabilitasi pesakit.
Pembedahan Elektif
Pembedahan Kecemasan