JABATAN PEDIATRIK
LATAR BELAKANG
Jabatan Pediatrik Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat di terajui oleh Dr Zainah Shaikh Hedra, Pakar Pediatrik Gred Khas C, dengan kekuatan anggota 4 orang pakar, 16 orang pegawai perubatan, ketua jururawat, 156 orang jururawat terlatih, 7 orang jurururawat masyarakat dan 6 orang pembantu perawatan kesihatan.
Jabatan ini bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan perubatan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah yang merangkumi penyakit akut dan kronik.
Perkhidmatan yang disediakan adalah Klinik Pakar Pediatrik, Unit Rawatan Rapi Neonatal, Special Care Nursery, Wad High Dependency Pediatrik, Wad Pediatrik Am dan Unit Rawatan Harian Pediatrik
VISI
Menjadikan Jabatan Pediatrik sebagai jabatan yang komprehensif dalam perawatan kanak-kanak dan berusaha menjadi pusat kecemerlangan perubatan yang unggul.
MISI
Memberikan perkhidmatan perubatan yang terbaik dan perkhidmatan pediatrik berteraskan kepentingan pesakit sambil menerapkan konsep kerja berpasukan, penyayang dan profesionalisme.
OBJEKTIF
1. Menyediakan perkhidmatan diagnostik, kuratif dan pemulihan yang sesuai, berkesan dan tepat kepada anak-anak dan mengembalikannya ke tahap kesihatan yang optimum dengan mengurangkan kesan jangka panjang penyakit yang dihadapi oleh mereka.
2. Memperkasakan penjagaan ambulatori pesakit pediatrik secara holistik.
3. Memperkasakan ibu bapa / penjaga melalui pendidikan kesihatan untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap kesihatan anak-anak mereka.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Jadual Perkhidmatan Klinik Pakar 5 (Pediatrik) - EXT 3229
AHAD : 8.00 pagi – 1.00 petang
ISNIN : 2.00 petang – 5.00 petang
SELASA : 8.00 pagi – 5.00 petang
KHAMIS : 8.00 pagi – 1.00 petang (Klinik Early Intervention)
Klinik Lawatan Sub-kepakaran Respiratori
3 kali setahun
Klinik Lawatan Sub-kepakaran Neurologi
2 kali setahun
Pesakit dalam
1. Wad Pediatrik Am (Wad 1 dan 2)
2. Wad High Dependency Pediatrik
3. Special Care Nursery (SCN)
4. Neonatal Intensive Care Unit (NICU)
Lain-lain Perkhidmatan & Aktiviti
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia
Sambutan Hari Thalassemia