JABATAN PATOLOGI & TABUNG DARAH
LATAR BELAKANG
Jabatan Patologi & Unit Tabung Darah diketuai oleh seorang Pakar Patologi (Hematologi) UD56, Dr Nani Shahida Bt Sehat dan dibantu oleh tenaga kerja seramai 76 orang yang terdiri dari seorang pakar mikrobiologi & seorang pakar patologi kimia serta beberapa orang pegawai perubatan pelbagai gred, pegawai sains pelbagai gred, juruteknologi makmal pelbagai gred, Ketua Jururawat U32, Jururawat U29/U32, Pembantu Tadbir dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Jabatan Patologi & Unit Tabung Darah menyediakan khidmat diagnostik dan juga memberi perkhidmatan perubatan transfusi. Jabatan ini berada di tingkat dua bangunan baru Hospital Sultanah Nora Ismail. Terdapat beberapa unit dibawah Jabatan Patologi iaitu Makmal Hematologi, Patologi Kimia, Unit Mikrobiologi & Serologi, dan Histologi & Sitologi, Selain itu, Unit Tabung Darah juga di bawah jagaan Jabatan Patologi.
VISI
Memberikan laporan diagnostik makmal yang bermutu dan profesional.
MISI
Bersedia memberikan perkhidmatan yang profesional melalui anggota yang cekap dan efisien serta membudayakan amalan kerja cemerlang.
OBJEKTIF JABATAN PATOLOGI HOSPITAL SULTANAH NORA ISMAIL
• Menyediakan perkhidmatan makmal yang sempurna, berkesan dan menyeluruh kepada program rawatan dan kesihatan awam.
• Menyediakan bekalan darah dan komponen-kompenan darah yang selamat bagi keperluan Jabatan-jabatan klinikal. DASAR KUALITI.
• Kami adalah komited untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan Jabatan Patologi dengan memastikan ujian-ujian yang dijalankan sentiasa tepat, cepat dan reliable.
PERKHIDMATAN
● Memberikan Perkhidmatan Diagnostik & Konsultasi kepakaran dalam bidang Hematologi, Biokem, Microbiologi, Histologi & Sitologi serta perkhimatan Perubatan Transfusi.
● Memberikan Perkhidmatan Diagnostik & Konsultasi kepakaran dalam bidang Hematologi, Biokem, Microbiologi, Histologi & Sitologi serta perkhimatan Perubatan Transfusi.
● Memberi Perkhidmatan Derma Darah & Menjalankan Aktiviti Derma Darah di kawasan Daerah Batu Pahat.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kaunter di talian 074364289