JABATAN OBSTETRIK & GINEKOLOGI
LATAR BELAKANG
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi merupakan perkhidmatan kepakaran yang khusus untuk kesihatan dan ibu dan bayi. Ia diketuai oleh Dr Norliza binti Rusli, Pakar Obstetrik dan Ginekologi Gred Khas C. Jabatan ini terdiri daripada 8 orang pakar, 20 orang pegawai perubatan dan lain-lain jawatan yang terdiri daripada ketua jururawat, jururawat terlatih, jururawat masyarakat dan pembantu perawatan kesihatan. Jabatan ini menawarkan perkhidmatan penjagaan antenatal, postnatal, rawatan ginekologi asas, perkhidmatan kelahiran, pembedahan caeserean elektif atau kecemasan, klinik Early Pregnancy Assessment Unit, klinik bereavement dan imunisasi awal bayi.
VISI
Memberi Perkhidmatan Perbidanan Dan Sakit Puan Secara Profesional.
MISI
1. Memberi rawatan antenatal secara evidence based untuk mengurangkan komplikasi semasa hamil.
2. Memastikkan proses kelahiran berjalan dengan selamat.
3. Memberi rawatan Postnatal yang mesra bayi.
4. Menyelesaikan masalah sakit puan dan mengelakkan komplikasi.
OBJEKTIF
1. Memastikan kejayaan kelahiran bayi khususnya kes-kes yang mempunyai risiko tinggi .
2. Memastikan bahawa ibu bapa bayi yang dilahirkan di hospital diberitahu dan difahamkan tentang cara-cara penjagaan bayi dan masalah-masalah congenital abnormalities seseorang bayi.
3. Untuk mencapai tahap kesihatan pesakit-pesakit perempuan yang menghidapi hormon disorder dan penyakit-penyakit kelamin.
4. Untuk memberi penerangan berkaitan dengan masalah2 perubatan dan cara pencegahan penyakit supaya individu- individu akan lebih bertanggungjawab atas kesihatan diri mereka.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Jadual Perkhidmatan Klinik Pakar 5 (Obstetrik dan Ginekologi) - EXT 3235
AHAD : Scan: 8.00 pagi – 1.00 petang
ISNIN : Klinik Antenatal: 8.00 pagi – 1.00 petang
SELASA : Klinik Onkologi dan Uroginekologi: 8.00 pagi – 1.00 petang
RABU : Klinik Pakar Ginekologi Am: 8.00 pagi – 1.00 petang
Klinik Postnatal: 2.00 petang – 5.00 petang
KHAMIS :Klinik Early Pregnancy Assessment Unit dan Kesuburan: 8.00 pagi – 1.00 petang
Pesakit dalam
1. Wad Antenatal, Wad Postnatal, Wad Gynaecology
2. Perkhidmatan Dewan Bersalin
3. Dewan Bedah untuk kes Caesarean Section, Kes Gynaecology, Miscarriage
4. Patient Admission Centre (PAC)
5. Perkhidmatan Daycare untuk pesakit-pesakit kanser yang memerlukan rawatan kemoterapi
Perkhidmatan Komuniti
1. Kempen Pap Smear
2. Lawatan Pakar ke klinik kesihatan berhampiran