UNIT BEKALAN DAN BAHAN STERIL (CSSU)
LATAR BELAKANG
CSSU adalah sebuah unit untuk memproses dan mensteril peralatan surgical, dan bahan mentah seperti soft good, untuk dibekalkan ke pihak pengguna. Unit ini hanya membekalkan bahan yang telah disterilkan ke wad, klinik dan dewan bedah juga pusat kesihatan Batu Pahat. Unit ini beroperasi di Blok A dan B. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Jururawat U32, Puan Hamidah Bt Hashim dan dibantu oleh seorang lagi ketua jururawat. Tenaga kerja pula terdiri daripada 20 orang jururawat terlatih, 2 orang jururawat masyarakat, 8 orang pembantu perawatan kesihatan dan 3 orang otokleb operator.
VISI
Bersikap proaktif dan berdaya maju supaya perkhidmatan pensterilan yang disediakan sejajar dengan teknologi perubatan semasa dan seiring dengan kehendak dan keperluan pelanggan.
MISI
Mewujudkan perkhidmatan berkualiti dengan; berpengetahuan, patuh kepada standard dan disiplin.Penggunaan peralatan yang memenuhi tahap piawaian,membudaya amalan kerja berpasukan, profesionalisma dan penyayang supaya dapat sama-sama menjurus ke arah merealisasikan objektif dan visi CSSU (UNIT BEKALAN BAHAN STERIL) HSNI.
OBJEKTIF
1. Memastikan setiap jenis perkhidmatan disediakan dengan cekap, berkualiti dan dalam jangka masa yang ditetapkan serta membantu menjayakan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan supaya mencapai matlamatnya.
2. Menyediakan perkhidmatan pensterilan ke semua unit di hospital demi mencapai output perawatan optima.
3. Mengawal dan mencegah infeksi ke tahap minima.
PERKHIDMATAN
Unit CSSU di bahagikan kepada 4 zon:
• Zon dekontaminasi
• Zon pembungkusan
• Zon pensterilan
• Zon stor dan bekalan.
ZON DEKONTAMINASI
• Mengutip / menerima set dan supplementary dari wad dan klinik yang telah digunakan untuk diproses.
• Periksa dan Rekod kelengkapan, tidak lengkap dipulangkan ke pengguna.
• Cuci peralatan menggunakan manual / mesin, keringkan.
ZON PEMBUNGKUSAN
• Peralatan yang telah melalui proses cucian akan di asingkan mengikut senarai semak yang disediakan.
• 2 cara pembungkusan iaitu secara envolep dan parcel.
• Soft good dibungkus mengikut jenis.
ZON PENSTERILAN
• Biological test dijalankan seminggu sekali
• Pastikan mesin autoclave berfungsi.
• Item yang hendak di autoclave diperiksa, nama set, tarikh dan no kod, kos staff yang membungkus.
• Proses pensterilan dijalankan selama satu jam.
• Setelah proses pensterilan dijalankan, sejukkan set sebelum disimpan di dalam stor.
ZON STOR DAN BEKALAN.
Pemeriksaan set / peralatan yang telah diproses di jalankan setiap hari bagi memastikan ia boleh digunakan pada bila bila masa dan tidak ada kontaminasi,tidak kotor, tidak koyak, tidak basah nama set, dan indicator tape bertukar warna
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kaunter unit di talian 074364332