UNIT KESIHATAN AWAM
LATAR BELAKANG
Unit Kesihatan Awam bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kesihatan awam di seluruh kawasan hospital bagi mematuhi keperluan Penguatkuasaan Undang-undang Kesihatan Awam. Focal Point bagi aktiviti program Kesihatan Awam untuk Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan.Unit ini diketuai oleh Dr Hanizah binti Haironi (Peg. Perubatan UD54) dengan tenaga kerja seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32 dan seorang Penolong Kesihatan Awam U19.
VISI
Menyediakan perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, mesra dan berkualiti berdasarkan nilai-nilai etika professional untuk warga kerja, pesakit dan pelawat hospital.
MISI
Melaksanakan aktiviti kesihatan awam di hospital dengan memastikan perkhidmatan yang diberi berkualiti serta menekankan semangat kerjasama dengan penglibatan warga kerja, pesakit dan orang awam.
OBJEKTIF
1. Memastikan perkhidmatan kesihatan awam yang dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan peraturan di bawah Undang-Undang Kesihatan Awam serta perundangan yang berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
2. Mewujudkan kawalan persekitaran dengan memastikan keadaan tempat kerja dengan persekitaran yang sihat, selamat, bersih serta terkawal daripada punca jangkitan penyakit.
3. Melaksanakan promosi dan meningkatkan kesihatan warga kerja, pesakit, orang awam dan warga kerja sokongan di hospital ke tahap optimum dari segi fizikal, mental dan sosial.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
1. Kawalan Penyakit Berjangkit.
2. Kawalan Vektor.
3. Keselamatan dan Kualiti Makanan.
4. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
5. Penguatkuasaan Perundangan.
6. Aktiviti Kesihatan Persekitaran.