JABATAN FARMASI & BEKALAN
Diketuai oleh Puan Siti Hanidah Binti Maksom, Pegawai Farmasi UF54, Jabatan Farmasi merupakan Jabatan Sokongan Klinikal di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. Jabatan Farmasi menyediakan lima (5) perkhidmatan utama iaitu Farmasi Ambulatori, Farmasi Pesakit Dalam, Farmasi Pengeluaran Farmaseutikal, Farmasi Maklumat Ubat dan Farmasi Logistik. Penekanan yang diberikan adalah berdasarkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang optimum kepada pesakit iaitu mengutamakan penggunaan ubat-ubatan yang rasional, selamat dan berkesan yang dilaksanakan melalui sistem pengurusan bekalan yang cekap dan berkualiti.
Pegawai Farmasi UF41/44/48/52/54 - 68 orang, Pegawai Farmasi Provisional - 14 orang, Penolong Pegawai Farmasi - 28 orang, Penolong Pegawai Tadbir - 1 orang, Pembantu Tadbir - 7 orang, Pembantu Am - 9 orang dan Pembantu Perawatan Kesihatan - 2 orang.
JUMLAH anggota = 130 orang.
Meningkatkan kesihatan rakyat menerusi kecemerlangan dalam amalan farmasi.
1. Memastikan kebolehcapaian berterusan terhadap ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan kos efektif. 2. Memperkukuhkan penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti dan rasional ke arah kesihatan yang lebih baik.
3. Meningkatkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal selaras dengan piawaian dan amalan terbaik.
Memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang menyeluruh melalui:
1. Memberi perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang efektif dan efisien kepada pesakit dan pelanggan hospital.
2. Memberi perkhidmatan farmasi klinikal yang berkualiti untuk memantapkan lagi penjagaan pesakit.
3. Memastikan pengurusan perolehan dan bekalan ubat dan bukan ubat adalah efisien.
4. Memastikan anggota menerima latihan dan pembelajaran secara berterusan.
5. Menerapkan budaya kerja cemerlang, suasana dan persekitaran yang bersesuaian demi mencapai objektif perkhidmatan berkualiti.
1. Mencapai paras simpanan stok ubat yang optimum (1-3 bulan).
2. Mencapai sasaran yang ditetapkan bagi preskripsi susulan yang didispens melalui perkhidmatan nilai tambah / Value-Added Services (VAS).
3. Mencapai sasaran yang ditetapkan bagi kaunseling ubat-ubatan yang diberikan kepada pesakit oleh Pegawai Farmasi.
4. Mencapai sasaran yang ditetapkan bagi pematuhan penuh ≥ 80% untuk penilaian amalan keselamatan pengubatan.
5. Mencapai sasaran yang ditetapkan bagi bilangan pengambilan sejarah pengubatan pesakit semasa kemasukan ke wad.
6. Mencapai tahap pematuhan baik bagi Audit Dalam Amalan Farmasi (ADAF).
o Menawarkan Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (VAS) seperti Letak & Ambil (L&A), Locker4U, MyUbat, Ubat Melalui Pos (UMP) dan Farmasi Pandu Lalu bagi memudahkan pesakit mendapatkan bekalan ubat susulan.
o Menjalankan aktiviti Home Medication Review (HMR) dan program Kenali Ubat Anda (KUA) bersama Duta KUA mengikut garis panduan yang ditetapkan.
o Menjalankan Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) seperti MTAC Diabetis Mellitus, MTAC Warfarin Dan MTAC Respiratory.
o Menjalankan aktiviti pembekalan ubat secara ‘Unit Dose’ dan Floor Stock kepada semua wad dan unit secara rasional, tepat dan selamat mengikut polisi dan prosedur yang ditetapkan.
o Melaksanakan aktiviti pendispensan ubat kepada pesakit secara ‘bedside dispensing’ dan perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan.
o Melaksanakan Program ‘Patients Own Medication’ (POMS).
o Memberi perkhidmatan klinikal di wad sebagai Pegawai Farmasi Wad.
● Farmasi Pengeluaran Farmaseutikal:
o Menjalankan aktiviti penyediaan Farmaseutikal Bukan Steril & Steril
o Menjalankan rekonstitusi dan pendispensan ubat sitotoksik dan sediaan nutrisi parenteral kepada pesakit di wad.
o Menjawab pertanyaan maklumat ubat dari anggota KKM dan orang awam.
o Memproses setiap permohonan ubat kelulusan Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) dan ubat bukan standard yang diterima.
o Mengemaskini dan menyelenggarakan Formulari ubat-ubatan HSNI dari masa ke semasa.
o Memproses setiap laporan kesan advers dan alahan yang diterima daripada pelapor diproses dan didokumenkan dengan lengkap.
o Membuat perolehan, penerimaan, penyimpanan dan pembekalan ubat-ubatan, vaksin, alat perubatan, gas perubatan dan bukan ubat.
Untuk info lanjut boleh hubungi kaunter Farmasi di talian 074363136.