Perubatan Forensik

JABATAN PERUBATAN FORENSIK

LATAR BELAKANG


Jabatan ini diketuai oleh Dr. Noor Nadia Binti Idris, Pegawai Perubatan UD52 dibantu oleh 2 orang pegawai perubatan, seorang Penolong Pegawai Prubatan U32, 3 orang Penolong Pegawai Perubatan U32 (KUP)/ U29 dan 4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U14 (KUP)/ U11.

MISI


Unit Perubatan Forensik berusaha memberikan perkhidmatan Perubatan Forensik yang berkualiti:

1. melalui anggota yang berilmu dan mahir serta prihatin terhadap keperluan pelanggan,

2. berteraskan budaya kualiti yang yang merangkumi sifat-sifat penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisma,

3. berlandaskan sistem perundangan negara.

VISI


Unit Perubatan Forensik berusaha menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang perubatan forensik serta memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan profesional menepati aspek perundangan negara dan sistem pengurusan berkualiti yang mengutamakan pelanggan.

OBJEKTIF


i. Menyediakan perkhidmatan Perubatan Forensik yang bebas dan berkecuali serta memenuhi aspek perundangan negara.

ii. Menyediakan perkhidmatan pengurusan mayat yang cekap dan prihatin dengan keperluan pelanggan.

iii. Melaksanakan pemeriksaan kes-kes perubatan forensik secara profesional, cekap dan berkesan.

iv. Memberikan khidmat rundingcara dalam pengendalian kes-kes perubatan forensik.

v. Menguruskan spesimen forensik dan mengekalkan rantaian bahan bukti (chain of custody) spesimen tersebut semasa dalam jagaan.

vi. Memastikan penyediaan laporan perubatan forensik, pengendalian permohonan laporan perubatan forensik dan penyimpanan rekod forensik diuruskan secara berkesan dan sistematik.

vii. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pendidikan dan latihan yang berterusan.

viii. Menjalankan penyelidikan dalam bidang perubatan forensik dan mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi medikolegal yang berkaitan.

a. Menyediakan perkhidmatan khusus bagi menguruskan kematian yang melibatkan bencana ramai mangsa, insiden CBRNE (chemical, biological, radiation, nuclear and explosives) dan wabak penyakit berjangkit (seperti SARS, COVID-19).

PERKHIDMATAN

Unit Perubatan Forensik menyediakan kemudahan 3 buah BiIlik Bedah Siasat, Bilik Pengurusan Jenazah Islam dan Bilik Pengurusan Jenazah Bukan Islam.

Pihak Forensik tidak menyediakan perkhidmatan mandi kafan. Walaubagaimana pun kemudahan tempat mandi kafan ada disediakan tanpa caj.

Bagi pengurusan mandi kafan jenazah islam, adalah dibawah perkhidmatan Pejabat Kadi Batu Pahat. Sila dapatkan maklumat lanjut di kaunter perkhidmatan Unit Forensik.


WAKTU PERKHIDMATAN

Pada hari bekerja :

Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang

Khamis : 8.00 pagi -3.30 petang

(Waktu rehat adalah dari pukul 1 – 2 petang).

Selepas waktu pejabat / Jumaat / Sabtu / Kelepasan Am waktu beroperasi secara atas panggilan oleh pegawai-pegawai yang telah ditugaskan (Pegawai Perubatan dan Penolong Pegawai Perubatan) dan hanya seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) yang bertugas yang bertugas 24 jam di unit.

PERKHIDMATAN “MOTUARI”

1. Penerimaan, penyimpanan dan penyerahan mayat kepada pihak waris.

2. Pengurusan janin.

3. Pengurusan anggota badan.

4. Pengurusan kematian kes berjangkit.

PENGURUSAN ADMINSTRATIF FORENSIK

1. Pengurusan mayat warga asing.

2. Pengurusan mayat “Unknown”.

3. Pengurusan mayat yang tidak dituntut.

4. Pengurusan mayat “MUALAF”.

5. Memberi keterangan di mahkamah.

PERKHIDMATAN PATOLOGI

1. Perkhidmatan bedah siasat mayat.

2. Pengurusan spesimen dan bahan bukti.

3. Perkhidmatan kes rujukan pakar.

4. Melawat tempat kejadian.

5. Bantuan melaksanakan prosedur “Exhumation” kes Polis.

6. Pengurusan bencana kematian ramai mangsa.