UNIT HEMODIALISIS
LATAR BELAKANG
Unit ini diketuai oleh Dr P'ng Hon Shen, Pegawai Perubatan Pakar Dalaman (Nefrologi) Gred UD54 dibantu oleh seorang pakar perubatan, seorang pegawai perubatan, 2 orang penolong pegawai perubatan U32 dan 20 orang kakitangan yang lain.
MISI
Mewujudkan sebuah unit sejahtera dari segi perkhidmatan yang berkualiti, persekitaran yang sihat dan selamat serta kakitangan unit yang memberi perkhidmatan berteraskan budaya korporat dengan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam proses rawatan.
VISI
Menjadikan Unit Hemodialisis sebuah unit yang disenangi pelanggan dengan setiap kakitangan sentiasa menghayati dan mengamalkan ciri-ciri budaya korporat
OBJEKTIF
1. Menyediakan perkhidmatan hemodialisis kepada tahap optimum dari segi mental dan
fizikal melalui perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berbudi bahasa.
2. Mementingkan keselamatan pesakit semasa mendapatkan rawatan.
3. Memastikan pesakit menerima rawatan hemodialisi mengikut standard yang telah
ditetapkan.
PERKHIDMATAN
Unit Hemodialisis terletak di bangunan blok A bersebelahan dengan Klinik Pakar 5.
• Memberi rawatan hemodialisis kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, Pesakit dalam dan pesakit luar.
• Memberi khidmat nasihat (kaunseling) dalam membantu pesakit kembali menjalani kehidupan yang lebih baik
• Menjalankan rawatan hemodialisis untuk pesakit akut di wad / ICU.
• Klinik Nefrologi untuk pesakit-pesakit buah pinggang di adakan setiap minggu hari Ahad dan Rabu.
• Memberi suntikan Erythropoeitin Eprex - untuk pesakit Haemodialisis dan Recormon - untuk pesakit CAPD
Waktu Perkhidmatan (Ext: 3152 atau 3153)
- Hari Sabtu hingga Khamis - 6.00 pagi – 7.30 malam (3 giliran rawatan dialysis setiap hari)
- Hari kelepasan am - perkhidmatan dibuka seperti hari bekerja
- Hari Jumaat - tutup