PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR
Klinik Pakar Perubatan terletak di Pakar 1 aras bawah bangunan Blok A dan berkongsi fasiliti yang sama dengan Klinik Pakar Psikiatri Dan Kesihatan Mental. Klinik Pakar Perubatan merupakan klinik yang memberikan perkhidmatan kepakaran kepada pesakit luaran secara temujanji. Klinik Pakar Perubatan meliputi kepada dua bahagian utama iaitu Klinik Rawatan Pakar Lawatan dan Klinik Rawatan Pakar Tetap. Klinik Rawatan Pakar Lawatan meliputi Klinik Respiratori, Klinik Kulit, Klinik Endokrin, Klinik Haematologi dan Klinik Neurologi. Klinik Rawatan Pakar Tetap pula ia meliputi Klinik Perubatan, Klinik Pos Discaj, Klinik Warfarin, Klinik Kulit dan Klinik Kes Baru.
Selain itu juga, Klinik Pakar Perubatan menyediakan beberapa perkhidmatan prosedur utama seperti pengambilan specimen, Ujian Electroencephalografi ( EEG ), Ujian Elektrokardiogram, Ujian Ekokardiogram, Ujian ‘Stress Test’ dan Ujian Mantoux. Klinik Pakar HSNI berada di bawah pengurusan Ketua Penyelia Hospital. Ia terdiri daripada beberapa orang kakitangan sokongan iaitu penolong pegawai perubatan, jururawat terlatih, pembantu perawatan kesihatan dan juga pembantu tadbir. Perkhidmatan Klinik Pakar meliputi rawatan- rawatan susulan dan rujukan dalaman dan luaran yang memerlukan perkhidmatan kepakaran.
PERKHIDMATAN PESAKIT DALAMAN
Wad Perubatan terletak Aras 1 bangunan Blok A. Wad Perubatan Lelaki terletak di sebelah kanan dan wad perempuan pula terletak di sebelah kiri aras 1. Wad-wad ini diketuai oleh ketua jururawat dan dibantu oleh jururawat terlatih serta pembantu perawatan kesihatan dan dipantau oleh penyelia jururawat kawasan. Wad-wad ini juga adalah di bawah jagaan seorang Ketua Jabatan Perubatan.
JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PERUBATAN AM
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kaunter klinik : 074363180