UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN
LATAR BELAKANG
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar di hospital, institusi dan klinik kesihatan KKM. Unit ini diketuai oleh Encik Mohamad Kamil bin Abdul Aziz (Pegawai Kerja Sosial Perubatan S44) dan terdiri daripada seorang Pegawai Kerja Sosial Perubatan Gred S41, seorang Penolong Pegawai Kerja Sosial Perubatan S29 dan seorang Pembantu Tadbir Gred N19/22.
VISI
Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.
MISI
Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.
OBJEKTIF
1. Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses
pencegahan, rawatan dan pemulihan.
2. Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
3. Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan diri pesakit melalui khidmat terapi sokongan
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Jadual Perkhidmatan Unit Kerja Sosial Perubatan - EXT 4280
AHAD hingga RABU : 8.00 pagi - 5.00 petang
KHAMIS : 8.00 pag - 3.30 petang
Perkhidmatan Pesakit Dalam
Berdasarkan rujukan daripada wad.
Skop dan Komponen Perkhidmatan
a. Pengurusan Bantuan Praktik
Bantuan kewangan
(peralatan/ubatan/rawatan/am)
Penempatan institusi
Mengesan waris
b. Pengurusan Bantuan Terapi Sokongan
Khidmat Perundingan
Sokongan Emosi
Intervensi Krisis
c. Bantuan praktik dan terapi sokongan diberikan kepada kes-kes berikut, antaranya:
Penderaan dan pengabaian Kanak-kanak
Ibu Tanpa Nikah
Keganasan Rumah tangga
Jenayah seksual
Pesakit Akut dan Kronik
Orang Kurang Upaya (OKU)
HIV Positif / AIDS
Ketagihan dadah / alcohol