Kecemasan & Trauma

JABATAN KECEMASAN & TRAUMA

LATAR BELAKANG

Merupakan salah satu teras utama dalam perkhidmatan di hospital, jabatan ini menyediakan perkhidmatan untuk kes-kes kecemasan dan trauma di daerah Batu Pahat. Jabatan ini diketuai oleh Dr Che Ros Bt Abdullah, Pakar Perubatan Kecemasan UD 56. Tenaga kerja terdiri daripada 3 orang pakar perubatan, 30 orang pegawai perubatan dan 40 orang anggota paramedik yang bertauliah. Jabatan ini terletak di Blok B, HSNI.

VISI JABATAN

Mewujudkan perkhidmatan perawatan kecemasan yang segera, bermutu, komprehensif dan selamat kepada pesakit-pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Nora Ismail.

MISI JABATAN

Perkhidmatan Perawatan Kecemasan dan Trauma dapat ditingkatkan dengan menggunakan pendekatan yang bersesuaian, beretika dan profesional di dalam memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan kecemasan yang mudah diperolehi, cekap dan berkesan kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan dan juga yang memerlukan rawatan untuk kecederaan akibat kemalangan.

PERKHIDMATAN

1. Memberi perkhidmatan perubatan kecemasan yang cepat, berkesan dengan infrastruktor dan teknologi terkini.

2. Menyediakan pasukan Perlindungan Perubatan bagi orang kenamaan (VIP) mengikut keperluan.

3. Menyediakan pasukan perubatan dalam menghadapi bencana.

4. Pusat Khidmat Sepadu “ONE STOP CRISIS CENTRE”

5. Pusat Panggilan Kecemasan 999 bertindak sebagai menerima dan mengkoordinasi maklumat dalam apa juga situasi kecemasan.

6. Menyediakan rawatan untuk pesakit kecemasan dan trauma yang tidak perlu kemasukan wad. Menjalankan resusitasi serta menguruskan kemasukan wad untuk pesakit yang memerlukan