UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN
LATAR BELAKANG
Unit ini Wesley Dalton Anak Watson Entri Pegawai Penerangan S41 (Pendidikan Kesihatan) dibantu oleh seorang pegawai penerangan S41 dan seorang pembantu perawatan kesihatan.
MISI
Memberikan maklumat dan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan melalui aktiviti-aktiviti pendidikan pesakit yang menjurus ke arah perubahan tingkah laku yang positif.
VISI
Memberi perkhidmatan pendidikan pesakit dan promosi kesihatan yang cemerlang.
OBJEKTIF
Untuk memperkasakan pesakit dan keluarga dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran yang spesifik bagi membolehkan mereka menguruskan sendiri penyakit ke arah peningkatan kualiti hidup yang lebih baik.
PERKHIDMATAN
· Menawarkan Khidmat Klinik Berhenti Merokok dan juga kelas Pendidikan Kesihatan (Diabetes, Hypertension, Asma, Renal) dan juga melakukan kempen promosi kesihatan serta membantu unit lain dalam promosi kesihatan.
· Pemberian risalah promosi kesihatan kepada pelawat.
· Edaran risalah, poster ke setiap unit atau jabatan HSNI.
Klinik berhenti merokok dan kelas pendidikan kesihatan boleh walk-in terus ke pejabat Unit Promosi Kesihatan (Laluan Permata, Blok A) ataupun Ext: 3127 untuk temujanji.