JABATAN/UNIT DIETETIK DAN SAJIAN
Diketuai oleh Encik Md Hairil Muzammil Bin Tokijan, Pegawai Dietetik U44, Unit ini memberikan perkhidmatan sokongan khususnya dalam bidang Dietetik dan Katering di samping menyediakan makanan yang sesuai dan seimbang mengikut jenis penyakit bagi membantu melengkapkan rawatan perubatan. Unit ini terdiri oleh pegawai dietetik (4 orang), penolong pegawai penyediaan makanan (3 orang dan pembantu penyediaan makanan (17 orang).
Memberikan perkhidmatan Dietetik dan Katering yang unggul dan dapat memberikan kepuasan kepada pihak pelanggan.
Meningkatkan lagi mutu perkhidmatan, memberikan kerjasama berpasukan dan komited terhadap profesionalisma kerja serta berpegang teguh kepada nilai-nilai moral yang murni.
Memberikan perkhidmatan penyediaan makanan dan khidmat nasihat pemakanan yang sesuai, yakin, tepat dan menjimatkan kos berteraskan kepada piawaian kualiti yang ditetapkan.
Perkhidmatan dietetik dan perkhidmatan sajian makanan:
• Perkhidmatan dietetik sebagai sokongan klinikal dalam memberi MEDICAL NUTRITION THERAPY kepada pesakit. Memberikan perkhidmatan penyediaan makanan kepada pesakit dalam dan anggota dalam tugas panggilan.
• Perkhidmatan dietetik klinikal diberikan kepada pesakit dalam wad dan pesakit luar yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan.
• Perkhidmatan yang diberikan adalah seperti kaunseling permakanan,
• Perkhidmatan pesakit dalam disediakan setiap hari bekerja dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.
• Bagi pesakit luar perkhidmatan kaunseling pemakanan di adakan mengikut hari klinik jabatan masing masing
Menyediakan sajian kepada pesakit dalam dan luar yang telah ditetapkan dan menyediakan sajian kepada anggota yang bertugas dalam panggilan seperti:
• Doktor dan para medik di Dewan Bedah.
• Menyediakan bekalan malam bagi anggota yang bertugas malam.
Unit Dietetik dan Sajian juga membekalkan catuan bekalan malam dan bekalan kering kepada jabatan tertentu yang terlibat, serta membekalkan produk pemakanan khas yang diarahkan oleh pegawai perubatan untuk pesakit mengikut diagnosis pesakit.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi, 074363158