ANESTESIOLOGI DAN RAWATAN RAPI
ANESTESIOLOGI DAN RAWATAN RAPI
JABATAN ANESTESIOLOGI DAN RAWATAN RAPI
LATAR BELAKANG
Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi HSNI merupakan jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan perkhidmatan anestesia (pembiusan) yang selamat dan penjagaan intensif kepada pesakit dalaman bagi setiap jabatan klinikal di HSNI. Ia juga merangkumi aspek keselesaan paling maksimum kepada pesakit sebelum, semasa dan selepas pembedahan atau semasa pesakit menerima rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi “Intensive Care Unit”.
Jabatan ini diketuai oleh Dr Nazarudin Bin Bunasir, Pakar Anestesiologi UD 56 dibantu oleh 6 orang pakar, 17 orang pegawai perubatan, 6 orang ketua jururawat,106 orang jururawat terlatih, 9 orang penolong pegawai perubatan dan 18 orang pembantu perawatan kesihatan.
MISI
JABATAN ANESTESIOLOGI DAN RAWATAN RAPI
Perkhidmatan perawatan Anestesia dan Rawatan Rapi dapat ditingkatkan dengan menggunakan pendekatan bersesuaian,beretika dan profesional di dalam memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan
JABATAN ANESTESIOLOGI DAN DEWAN BEDAH
Jabatan Anestesiologi dan Dewan Bedah, akan memberi perkhidmatan pembiusan dan rawatan kritikal kepada semua pesakit yang memerlukan dengan menggunakan pendekatan yang bersesuaian, inovatif serta menitikberatkan aspek-aspek keselamatan, profesionalisme dalam lingkungan kerja yang harmoni dan berpengetahuan bagi memenuhi kehendak pelanggan.
VISI
JABATAN ANESTESIOLOGI DAN RAWATAN RAPI
Mewujudkan perkhidmatan Anestesia dan Rawatan Rapi yang bermutu, komprehensif dan selamat kepada pesakit-pesakit Hospital Sultanah Nora Ismail.
Jabatan Anestesiologi dan Dewan Bedah, Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat akan memberikan perkhidmatan berkualiti dan profesional berasaskan teknologi terkini dan bersesuaian di dalam persekitaran kerja yang selamat dan progresif.
OBJEKTIF
JABATAN ANESTESIOLOGI DAN RAWATAN RAPI
1.Memberi perkhidmatan rawatan kepada pesakit yang kritikal atau yang memerlukan pemerhatian rapi. 2.Memberi rawatan yang rapi dan menyeluruh dengan penggunaan peralatan moden dan pemerhatian yang rapi.
3.Mempastikan tindakbalas yang cepat dan cekap kepada permasalahan pesakit yang timbul 4.Memastikan tahap Infeksi dan komplikasi yang rendah dan terkawal dengan penggunaan teknik steril yang betul dan alatan yang disterilkan. Unit Rawatan Rapi akan memberikan penjagaan paling optima melalui Evidence -base Practice kepada semua pesakit yang kritikal yang memerlukan penjagaan rapi atau bantuan sokongan hidup dalam persekitaran yang selamat dan selesa untuk pesakit dan keluarga pesakit. Ketua Jabatan Anestesiologi dan Unit Rawatan Rapi adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam segala pengurusan administrasi, manakala Pegawai Perubatan Anestesiologi yang dilantik adalah bertanggungjawab dalam pengurusan unit setiap hari supaya morbiditi dan morbiliti boleh dielakkan.
JABATAN ANESTESIOLOGI DAN DEWAN BEDAH
1. Untuk menilai sejauh mana perkhidmatan dalaman yang diberikan kepada pelanggan seperti yang dikehendaki. Ini dinilai dari segi kerjasama semasa penerimaan dan semasa discaj pesakit yang berada di Dewan Bedah.
2. Kajian ini dijalankan adalah bagi mengenal pasti kelemahan –kelemahan yang masih berlaku selepas sesi kajian yang telah dijalankan terutama semasa memanggil pesakit sebelum dan discaj pesakit.
PERKHIDMATAN
• Merawat pesakit kritikal bagi tujuan bantuan ventilasi dan menstabilkan kondisi kritikal.
• Menyediakan rawatan hemodialisis berisiko tinggi bagi tujuan pemantauan rapi ketika hemodialisis.
• Menstabilkan pesakit kritikal yang memerlukan pembedahan sebelum pembedahan untuk mengurangkan risiko-risiko pembedahan.
• Merawat pesakit selepas pembedahan bagi pemantauan rapi.
• Memberi bius untuk kes-kes pembedahan kecemasan dan elektif supaya pembedahan berjalan lancar.
• Intubasi bagi pesakit “difficult airway” untuk memastikan proses intubasi berjaya.
• Intubasi untuk kes-kes “remote anesthesia” bagi memastikan rawatan berjalan lancar.
• Menjalankan prosedur untuk kesakitan akut bagi memastikan kesakitan akut terkawal.
Perkhidmatan Pesakit Dalam
1. Rujukan kes dari wad biasa untuk ventilasi atau pemantauan intensif.
2. Buat rondaan di unit rawatan rapi dua kali sehari.
3. Rondaan setiap kes baru.
4. Rondaan malam dijalankan oleh pegawai perubatan on-call.
5. Jalankan prosedur oleh Pegawai Perubatan di Unit Rawatan Rapi.
6. Discaj pesakit ke wad biasa apabila pulih dari fasa kritikal.
Perkhidmatan Pesakit Luar
1.Rujukan kes dari klinik pakar perkhidmatan surgeri.Tiada temujanji diperlukan.
2.Lakukan pendaftaran pesakit.
3.Periksa “vital signs” dan berat badan.
4.Rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan.
5. Rujuk pesakit kepada jabatan tertentu untuk “optimization” atau untuk ujian spesifik.
6. Beri temujanji baru untuk pemeriksaan sekali lagi.
7. Beri salinan GA form kepada pesakit untuk dibawa sewaktu admission.
8. Rujuk semula pesakit ke Jabatan yang berkenaan selepas selesai pemeriksaan dan penilaian.
WAKTU PERKHIDMATAN KLINIK PRE ANESTESIA (PAC)
Ahad – Rabu : 8.00 pg – 4.00 ptg
(Kes rujukan wad : 4.00 ptg – 5.00 ptg)
Khamis : 8.00 pg – 2.30 ptg
(Kes rujukan wad : 2.30 ptg – 3.30 ptg)