UNIT HAL EHWAL ISLAM
LATAR BELAKANG
Unit ini dikendalikan oleh Pn Sarah Norasikin Binti Abdullah, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam,S29.
MISI
Memberi perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkualiti kepada warga kerja hospital dan pesakit.
VISI
Berperanan sebagai unit yang terbaik dalam menguruskan pendidikan dan bimbingan islam melalui program penerapan nilai Islam ke arah melahirkan anggota dan pesakit yang berpengetahuan, berpendidikan dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam bagi memastikan warga kerja dan pesakit mendapat bimbingan kerohanian.
2. Meningkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan melalui penerapan budaya Islam dan penghayatan nilai-nilai murni dikalangan warga kerja semasa bertugas.
3. Memastikan aktiviti hospital yang berkaitan dengan hal-ehwal Islam dilaksanakan dengan cekap dan efisyen.
4. Menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan keperluan dan selaras dengan kehendak Syari’e.
5. Melahirkan warga kerja hospital yang mahir dalam pengurusan dan pengendalian ibadah pesakit.
PERKHIDMATAN
1. Merancang, melaksana dan memantau pengurusan Unit Hal Ehwal Islam bagi memastikan program Hal Ehwal Islam dilaksanakan secara efisyen dan sistematik.
2. Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) bagi memudahkan pesakit, waris dan warga kerja hospital menunaikan ibadah.
3. Merancang dan melaksana program penerapan nilai-nilai murni di hospital bagi melahirkan modal insan yang berintegriti.
4. Merancang, menyelaras dan melaksana program penjagaan spiritual di hospital bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang disediakan adalah bersifat holistik merangkumi penjagaan kesihatan fizikal, mental, sosial dan spiritual pesakit meliputi perkara berikut:
a. Kaunseling Syarie (ilaj ruhi, ilaj tauhidi)
b. Ibadah Pesakit
c. Doa dan ruqyah
d. Bimbingan spiritual
5. Menyelaras dan memantau perkhidmatan pengurusan jenazah Islam supaya menepati.
6. Menyelaras fatwa dan hukum syarak berkaitan isu-isu perubatan ke arah perkhidmatan kesihatan yang memenuhi tuntutan syaria hukum syarak.
Perkhidmatan Pesakit Luar
Klasifikasi kes:
Khidmat nasihat psikospiritual
Perkhidmatan Pesakit Dalam
Klasifikasi kes:
1.Mangsa perkosaan/gangguan seksual
2.Kes rumah tangga
3.Hamil/Lahir tanpa nikah
4.Bimbingan ibadah
5.Pengurusan Jenazah
6.Khidmat Nasihat
7.Psikiatrik/mistik
8.Saudara baru
9.Lain-lain
Perkhidmatan Komuniti
Perkhidmatan usahasama dengan PKD