UNIT REKOD PERUBATAN
LATAR BELAKANG
Unit Rekod Perubatan adalah satu perkhidmatan sokongan bukan klinikal yang di tugaskan untuk menguruskan rekod –rekod perubatan fizikal dan elektronik. Unit ini diketuai oleh En Rusli Bin Mohamad Penolong Pegawai Rekod Perubatan N36 dan beliau dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N32, 3 orang Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N29/N32 KUP (Rekod Perubatan) dan 9 orang Pembantu Tadbir.
Unit Rekod memainkan peranan penting dalam menjaga dan memberi maklumat pesakit dan data berkaitan bagi menunjukkan perkembangan hospital.
MISI
Hasrat murni kami adalah untuk mempertingkatkan perkhidmatan rekod perubatan Hospital Sultanah Nora Ismail melalui pegangan teguh kepada nilai-nilai murni, sikap penyayang dan kerja berpasukan serta etika kerja profesionalisma.
VISI
Semua anggota Unit Rekod Perubatan adalah komited untuk menggembeling tenaga untuk menjadikan perkhidmatan rekod perubatan yang unggul dan cemerlang.
OBJEKTIF
Unit Rekod Perubatan bertanggungjawab dalam pembangunan perkhidmatan rekod perubatan pesakit dan maklumat kesihatan yang meliputi bidang informasi kesihatan, Dokumentasi dan Perundangan, Pengkodan Diagnosa dan Prosedur, Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit, laporan Perubatan dan Pengurusan Mediko Legal.
PERKHIDMATAN
1. PENTADBIRAN, DOKUMENTASI & PERUNDANGAN
2. PENGURUSAN REKOD
3. LAPORAN PERUBATAN
4. STATISTIK
5. PENGURUSAN MEDIKO LEGAL
Lain- Lain Perkhidmatan
1. Penerimaan dan pengurusan penyediaan laporan perubatan dikaunter atau pos bagi kegunaan pihak berikut:-
• Polis
• Peguam
• Insuran
• Perkeso
• KWSP
• Majikan
• Pesakit sendiri/lain-lain
2. Pengesahan daftar lewat kelahiran/ Kematian.
3. Pengesahan Sijil Cuti Sakit