Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi diwujudkan pada tahun 2008. Unit ini terdiri daripada 3 orang Pegawai Teknologi Maklumat F44, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F32, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 dan seorang Juruteknik Komputer FT19.
Objektif utama unit ini ditubuhkan adalah untuk merancang dan melaksanakan program perkhidmatan Teknologi Maklumat yang cekap dan berkesan kepada jabatan mengikut dasar ICT semasa yang telah ditetapkan oleh Kementerian dan Kerajaan.
Perkhidmatan yang disediakan oleh unit ini adalah seperti berikut :
Khidmat Sokongan Teknikal
Khidmat sokongan teknikal ini melibatkan kerja-kerja format dan instalasi komputer atau laptop, bantuan teknikal PA System, pengurusan rangkaian, mesin finger print dan penyelenggaraan semua peralatan ICT (komputer, komputer riba, pencetak dan peranti rangkaian).
Khidmat Sokongan Teknikal (Operasi)
Khidmat Sokongan Teknikal (Operasi) pula melibatkan operasi on-call, operasi salinan pangkalan data, operasi latihan dan operasi bantuan sokongan teknikal selain HSNI (Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat termasuk Klinik Kesihatan dan Klinik Desa seluruh Batu Pahat serta Pejabat Pergigian Daerah Batu Pahat.
Khidmat Sokongan Teknikal (Sistem)
Khidmat sokongan teknikal ini melibatkan bantuan dan sokongan teknikal terhadap sistem-sistem yang di gunapakai oleh kakitangan hospital iaitu:
• Sistem berkaitan Kerajaan Elektronik ( HRMIS, eSPKB, ePerolehan, eGL dan lain-lain)
• Sistem Intranet dan Sistem Client Server (Finger Print, SPPD/SPPL)
• Sistem Standalone (Sistem Sokongan Klinikal)
• Sistem Berasaskan Web (myCPD, Telekonsultansi, eSPK dan lain-lain)
• Emel dan Internet
• Aplikasi Automasi Pejabat
• Dokumen Elektronik (e-ISO, e-Kualiti dan lain-lain)