JABATAN RADIOLOGI
LATAR BELAKANG
Jabatan Radiologi di ketuai oleh Dr Rashidah binti Sampakon, Pakar Radiologi Gred Khas C, dibantu oleh 6 orang pakar, 9 orang pegawai perubatan, 28 orang juru X-ray, 3 orang jururawat terlatih dan 6 orang pembantu perawatan kesihatan. Jabatan ini menawarkan perkhidmatan untuk pesakit di Hospital Sultanah Nora Ismail, klinik kesihatan daerah Batu Pahat dan kes MRI dari Hospital Enche’ Besar Hajah Kalsom.
Jabatan ini mempunyai bilik pemeriksaan di kedua- dua blok klinikal (Blok A & B). Kedudukan bilik pemeriksaan secara terperinci seperti yang dinyatakan di bawah.
MISI
Menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik yang efektif melalui semangat kerja berpasukan, sifat penyayang dan professionalisma untuk mengesan dan mengesahkan penyakit seseorang individu bagi membolehkan ia menerima rawatan lanjut yang sempurna.
VISI
Untuk menjadikan Jabatan Radiologi Hospital Sultanah Nora Ismail sebagai pusat pengimejan yang berupaya memberi perkhidmatan imej diagnostik dan intervensi dengan prihatin dan cekap serta menggunakan modaliti terkini.
OBJEKTIF
Menghasilkan imej-imej yang mempunyai nilai diagnostik yang tinggi dengan memastikan amalan Perlindungan Sinaran dan prinsip ALARA dipatuhi.
PERKHIDMATAN
RADIOGRAFI AM
Bilik B & Bilik D (Blok A).
Waktu Perkhidmatan; Ahad & Rabu : 8.00 pg- 5.00 ptg (Rehat 1.00 ptg – 2.00 ptg)
Isnin & Selasa : 7.30 pg- 5.00 ptg (Rehat 1.00 ptg – 2.00 ptg)
Khamis : 8.00 pg -3.30 pm (Rehat 1.00 ptg – 2.00 ptg)
Bilik Radiografi Am (Blok B).
Waktu Perkhidmatan- 24 jam
RADIOGRAFI MUDAHGERAK
Covid-19 wad/ICU, Jabatan Kecemasan, Wad, ICU & Radiografi Forensik
(Waktu Perkhidmatan: 24 jam)
RADIOGRAFI KHAS
MRI (Blok B)
CT SCAN (Blok A)
Ultrasonografi & Doppler (Blok B)
Mammografi& Stereotaktik (Blok A),
Fluroskopi (Blok A)
C-Arm II (Image Intensifier) - (Dewan bedah Blok A & B)
**Waktu Perkhidmatan Kes Temujanji: Ahad- Rabu :8.00pg- 5.00 ptg (Rehat 1.00 ptg – 2.00 ptg)
Khamis :8.00 pg- 3.30 ptg (Rehat 1.00 ptg – 2.00 ptg)
(Tiada perkhidmatan kes temujanji pada hari minggu & cuti umum)
INTERVENSI
’Image-guided’ biopsy & drainage
(Untuk kes kecemasan & temujanji).
KAUNTER TEMUJANJI
Penetapan tarikh temujanji pemeriksaan radiografi khas secara manual, SMRP & EPRS (Blok A).
**Waktu Perkhidmatan Kes Temujanji: Ahad- Rabu :8.00pg- 5.00 ptg (Rehat 1.00 ptg – 2.00 ptg)
Khamis :8.00 pg- 3.30 ptg (Rehat 1.00 ptg – 2.00 ptg)
KAUNTER LAPORAN
Terima, proses & dispej permohonan laporan radiograf.