PERKHIDMATAN
A. Perkhidmatan untuk Pesakit Dalam Wad
Menyediakan rawatan pesakit yang optimum yang meliputi diagnosis , dan rawatan awal dalam persekitaran yang selesa and menambahbaik tahap kesihatan untuk masyarakat sekeliling.
Berpegang teguh dengan inisiatif WHO Safe Surgery Safe Life.
B. Perkhidmatan Pesakit Luar Menyediakan diagnosis dan rawatan yang berkesan dan mencukupi dan selesa bagi pesakit dengan khidmat pakar bagi rawatan susulan.
C. Endoskopi dan Pembedahan Daycare
Menyediakan diagnosis, prosedur dan rawatan yang mencukupi, berkesan untuk Pesakit yang memerlukan.
Memastikan penggunaan daycare pembedahan, hospital dan pakar bagi menentukan index pembedahan untuk dilaksanakan sebagai daycare
Perkhidmatan Pesakit Luar:
a) Melaksanakan tugas-tugas memeriksa dan merawat pesakit di Klinik Lanjutan Pakar.
b) Membuat lawatan dan pemeriksaan ke atas kes-kes pesakit yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan dan rujukan dari lain-lain unit.
c) Membuat penentuan kes-kes untuk pembedahan bagi kes-kes Pediatrik.
d) Membuat pemilihan dalam melaksanakan pembedahan elektif.
e) Membuat pemeriksaan pra-pembedahan.
Perkhidmatan pesakit dalaman. (Wad 4A dan Wad 4B):
A) Menemui dan memeriksa pesakit dalaman , mendapatkan siasatan untuk mencapai diagnosis.
B) Memberi preskripsi ubatan kepada pesakit sebagai sebahagian daripada rawatan.
C)Memberikan nasihat dan konsultansi kepada pesakit disamping motivasi semangat untuk mempercepatkan penyembuhan pesakit.
D) Menghubungi dan mendapatkan konsultansi daripada hospital luar yang mempunyai kepakaran yang berkaitan mengenai hal pesakit.
E) Menjalankan prosedur-prosedur bedside ke atas pesakit.
F) Memastikan segala perancangan rawatan yang diberikan oleh pakar diaksanakan sepenuhnya.
G) Membuat ward rounds bagi memastikan kesinambungan rawatan pesakit.
Info tambahan:
1.Menyediakan perkhidmatan untuk pemeriksaan, diagnosis, rawatan, penjagaan pesakit, dan rehabilitasi pesakit
2. Khidmat kaunseling dan pendidikan kesihatan untuk setiap pesakit.
3. Perkhidmatan diberikan sepanjang 24 jam untuk pesakit dalam wad.
4. Menyediakan khidmat ‘daycare’ untuk pesakit berumur 12 tahun ke atas, yang meliputi pemeriksaan, pembedahan, prosedur dan rawatan 7.00 am sehingga 6.00 pm (hari bekerja).
5. Perkhidmatan paliatif kepada pesakit advance Kanser .
6. Jadual elektif untuk Pesakit luar wad /Klinik (Klinik Pakar 2 Ext : 3196)
- Pembedahan kanak kanak/ urology : Ahad minggu pertama (8am-1pm)
- Urology : Ahad minggu kedua (8am-1pm)
- Pesakit baru pembedahan am/ klinik payudara : Setiap Rabu (8am-1pm)
- Perkhidmatan susulan pesakit pembedahan am : Setiap Khamis (8am-1pm)
- Daycare: Elektif skop : setiap Ahad dan Rabu. Skop kecemasan : setiap hari