UNIT FISIOTERAPI
LATAR BELAKANG
Berteraskan perkhidmatan rehabilitasi dan pemulihan, jabatan ini diketuai oleh Cik Christina Devi A/P Suppiah, Jurupulih Perubatan Fisioterapi U36. Beliau dibantu oleh 2 orang Jurupulih Perubatan Fisioterapi U32, 5 orang Jurupulih Perubatan Fisioterapi U29 dan 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U11. Unit ini terletak di aras 1 Blok Bangunan A.
VISI
Menjadi pusat perkhidmatan fisioterapi yang cemerlang, berteknologi tinggi dan menepati keperluan segenap lapisan masyarakat ke arah meningkatkan kualiti hidup,
MISI
1. Komited menyediakan perkhidmatan Fisioterapi yang berkualiti, cekap, berkesan dan cost-effective serta prihatin kepada semua pelanggan berteraskan Budaya Korporat.
2. Meningkatkan profesyen fisioterapi melalui pendidikan berterusan bagi menggalakkan amalan berasaskan bukti (evidence-based practice) dan berdasarkan piawaian kebangsaan / antarabangsa.
3. Menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam penjagaan kesihatan individu dan komuniti.
4. Mewujud dan mengukuhkan kolaborasi pelbagai sektor, agensi kerajaan, dan bukan kerajaan untuk mencapai visi Kementerian Kesihatan Malaysia.
OBJEKTIF
1. Memberi perkhidmatan fisioterapi yang komprehensif, cekap dan efektif dalam perawatan dan pendidikan kesihatan.
2. Melahirkan anggota fisioterapi yang profesional, berpengetahuan terkini, berkemahiran tinggi berasaskan evidence-based practice (EBP) ,mematuhi Standard Operative Procedure /Protocol KKM dan mempunyai pengkhususan dalam pelbagai bidang.
3.Menerapkan nilai-nilai murni selaras dengan Budaya Korporat KKM.
PERKHIDMATAN
PESAKIT LUAR DENGAN RUJUKAN DAN SECARA TEMUJANJI :
Pain Management Dengan Pelbagai Modaliti Rawatan Senaman Dengan Pelbagai Teknik Dan Kemahiran Profesyen Program Rehabilitasi Fisioterapi: Rehabilitasi Strok, Rehabilitasi Neuro-peadiatrik, Rehabilitasi Cardiac Dan Pulmonary, Rehabilitasi geriatrik, Rehabilitasi Amputasi, Rehabilitasi Spinal, Rehabilitasi Vestibular, Rehabilitasi Kesihatan Wanita, Rehabilitasi Antenatal/ Postnatal Rehabilitasi Kecederaan Sukan dan Rehabilitasi Tangan
PESAKIT DALAM (DENGAN RUJUKAN) :
Perkhidmatan Fisioterapi diberikan disemua disiplin di hospital ini di mana semua pesakit akan dirawat di wad yang berkenaan selepas menerima rujukan daripada doktor. Rawatan merangkumi salah satu atau kombinasi rawatan seperti berikut:- chest physiotherapy, rawatan senaman, ambulasi, teknik rawatan khusus, pendidikan pesakit & program senaman dirumah serta memberi temujanji sebagai pesakit luar *(TCA fisioterapi online).
ON Call(Sop Fisioterapi Kkm): Setiap hari jumaat dan cuti umum untuk kes kritikal icu/ccu/phdw/nicu secara giliran semua fisioterapis.
SENARAI SERVIS:
1. Electro-theraputic Modalities (Short wave Diathermy , Ultrasound, TENS, Interferential Therapy & ‘Infra Red Ray)
2. Thermal Agents ( Hot Pack & ‘Wax')
3. Cryotherapy - ICE
4. Terapi manual.
5. Senaman teraputik (Passive, Active, Resisted, Group Exercise, Treadmill, Sensory Re-education, Circuit Training, Functional Exercise, Ambulation , Pelvic Floor Exercise, Special Hand Exercise & Relaxation Exercise)
6. Teknik-teknik khas (Myofascial release, Joint Mobilization, , MRP, Neuro Development Therapy & Special Protocol)
7. Chest Physiotherapy (Senaman Pernafasan, Postural Drainage, Chest Percussion/ Vibration & Suction)
8. Pendidikan pesakit/ kauseling untuk NCD-bahabian senaman
9. Special Rehabilitation Program:REHABILITASI STROKE(Advance Diploma),REHABILITASI NEURO-PEADIATRIK,REHABILITASI AMPUTASI,REHABILITASI SPINAL,REHABILITASI VESTIBULAR(Train Of Trainer Certificate),REHABILITASI KESIHATAN WANITA,REHABILITASI ANTENATAL/ POSTNATAL,REHABILITASI KECEDERAAN SUKAN(POSTBASIC),dan REHABILITASI TANGAN(ATTACHMENT PPUKM), MLD(Basic And Advance Training).
10. Program Rehabilitasi Pulmonari (Pulmonary Rehab
11. eMYSENAM
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi di waktu pejabat;
Tel:- 07-4363148/9 Fax:- 07-4322544