Ramai yang mengenali teleskop secara umumnya dari jenis pembias. Teleskop ini mengumpulkan cahaya dengan kanta kaca yang terdiri dari kanta cembung dan cekung disamping meningkatkan kuasa pembesaran objek yang dilihat melaluinya. Kualiti kanta yang digunakan secara mempengaruhi kualiti imej yang dihasilkan serta harga sesebuah teleskop jenis ini.
Teleskop pembias adalah teleskop awal yang digunakan oleh ahli astronomi untuk mencerap objek langit pada zaman dahulu. Teleskop pembias menggunakan kanta, apabila cahaya melalui kanta utama ia akan dibias menuju ke kanta mata. Oleh itu imej yang akan terhasil adalah terbalik.
Bagaimana Teleskop Pembias Berfungsi?
Cahaya masuk melalui kanta utama.
Kanta membias cahaya (membengkok) ke titik fokus.
Kemudian cahaya melalui kanta mata dan membentuk imej yang dibesarkan dihujung teleskop. Kanta mata ini boleh digerakkan masuk kedalam dan keluar untuk menyelaraskan fokus yang dikehendaki
Rekabentuk kanta objektif yang paling ringkas adalah menggunakan satu kanta cekung dan satu kanta cembung. Rekabentuk yang mudah ini membolehkan kos penghasilan yang rendah dan ia banyak digunakan secara meluas sehingga kepada teleskop mainan. Namun, terdapat satu kekurangan dalam teleskop ini iaitu titik fokus bagi setiap warna adalah sedikit berbeza menyebabkan bintang yang dicerap menghasilkan sedikit warna sekitarnya (chromatic aberation). Bagi mengatasi masalah ini, satu kanta cembung digunakan dalam rekabentuk teleskop pembias. Oleh sebab itu, harga teleskop pembias dengan kanta objectif jenis Apochromat adalah lebih mahal berbanding teleskop yang menggunakan kanta objektif jenis Achromat.
Selain daripada kanta tambahan, kualiti bahan yang digunakan untuk menghasilkan kanta teleskop ini juga mempengaruhi kualiti serta harga teleskop pembias. Teleskop pembias dengan kanta jenis Flourite, ED, FPL53 dan sebagainya juga boleh digunakan sebagai panduan berkenaan kualiti imej yang akan dihasilkan.
Sedikit panduan berkenaan kualiti kanta yang digunakan dalam teleskop pembias. Kanta di sebelah kanan adalah kualiti yang lebih baik.
Pengkelasan jenis material kanta kaca dalam Abbe number diagram. Kanta terbaik adalah gabungan V yang tinggi dan refractive index yang rendah dan satu kanta Abbe number rendah untuk membentuk satu elemen kanta objektif teleskop pembias.
Terdapat kelebihan dan kekurangan bagi setiap teleskop pembias dan pemantul. Antara kelebihan teleskop pembias adalah kontras imej yang dihasilkan adalah lebih tinggi dan tajam. Manakala kelebihan utama teleskop pantulan adalah size teleskop yang jauh lebih padat dan kecil bagi kuasa pengumpulan cahaya atau pembesaran yang sama.
Teleskop pembias ini mudah digunakan, lasak dan kontras warna.
Semakin besar diameter kanta utama semakin panjang tiub teleskop. Ia menjadikan teleskop ini sukar untuk disimpan.
Memerlukan kanta yang berkualiti tinggi kerana kanta yang berkualiti rendah akan menyebabkan kesalahan optik seperti aberasi. Kanta yang berkualti tinggi memerlukan kos yang mahal.