Polar Allignment merupakan satu langkah kritikal yang perlu dijalankan sebelum melakukan sebarang pencerapan yang menggunakan mount equatorial. Proses polar allignment ini memastikan paksi R.A teleskop yang dipasang selari dengan paksi putaran Bumi. Mount yang telah di-polar allign dapat menjalankan tracking dengan lancar.
Secara asas bumi berputar di paksinya sebanyak satu putaran setiap 23 jam 56 minit. Hal ini menyebabkan bintang dilangit kelihatan bergerak dari Timur ke Barat. German Equatorial Mount dibina dengan keupayaan menggunakan paksi R.A mount tersebut untuk melawan pergerakan bintang tersebut. Dengan ini Bintang atau objek angkasa yang lain yang dilihat menerusi teleskop akan kelihatan statik.
Terdapat beberapa cara polar allignment ini dapat dilaksanakan. Antaranya adalah menggunakan aplikasi Sun Compass. Dengan bantuan kedudukan Matahari dan bayang objek lurus di darat, arah Utara Benar (True North) dapat ditentukan. Selain itu, alat seperti ASIair yang menyediakan fungsi polar allignment menerusi applikasinya. Perisian seperti N.I.N.A. dan SharpCap juga boleh diguna bagi menjalankan proses polar allignment.
Mampu menentukan kedudukan True North (Utara Benar) dengan menggunakan kedudukan Matahari dan bayang-bayang.
Boleh disambungkan ke peranti ASIair yang disambungkan ke CCD. Mampu menggunakan imej yang ditangkap oleh CCD untuk menentukan kedudukan telescope lalu memberi jumlah ralat kedudukan telescope.
Perisian di computer yang boleh disambungkan ke teleskop......