Sistem suria kita berada didalam galaksi Bima Sakti yang merupakan salah satu subjek astofotografi yang menarik pada waktu malam walau dimana-mana latitud anda berada. Galaksi Bima Sakti muncul sebagai sebuah jaluran yang megah yang dipenuhi dengan ribuan gugusan bintang di langit. Anda tidak perlu menggunakan peralatan khas serta mahal untuk melihat galaksi ini ketika cuaca yang baik dan kurang pencemaran cahaya, cara-cara untuk mengambil gambar astrofotografi bima sakti tidak memerlukan kamera DSLR yang mahal.
Mengambil gambar galaksi Bima Sakti ini perlu mengikut kaedah-kaedah yang sama seperti mengambil gambar low-light yang lain. Kamera DSLR yang memiliki teteapan ISO yang tinggi adalah satu kelebihan kerana kita perlu menggunakan bacaan ISO yang tinggi seperti ISO 1600 atau lebih bagi mengelakkan penggunaan shutter speed yang lama. Tripod yang kukuh dan lensa wide-angle dengan harga yang berpatutan sudah mencukupi untuk mengambil gambar galaksi Bima Sakti.
Kita juga boleh mengambi dua keping gambar yang berbeza fokus, gambar yang pertama kita boleh fokuskan ke bahagian permukaan bumi manakala gambar kedua kita boleh fokuskan ke bahagian langit yang terdapat Bima Sakti kemudian cantumkan kedua-dua gambar didalam proses edit. Bagi sesetengah kamera DSLR, kita boleh menggunakan apa yang disebut sebagai "Rule of 500 atau Rule of 500" untuk mengelakkan berlakunya star trail. Kita boleh membahagikan panjang fokel lensa kita dengan angka 600 sebagai contoh jika anda menggunkan lensa 20mm bahagikan dengan 600 (20/600 = 30), elakkan dari menggunakan dedahan shutter lebih dari 30 saat.
KAEDAH MERAKAM GAMBAR BIMA SAKTI