FOKUS
Fokus merupakan salah satu kemahiran yang memerlukan perhatian yang khusus. Kesilapan pada proses ini boleh menyebabkan imej yang dirakam sepanjang sesi astrofoto menjadi sia-sia. Oleh itu, prosidur ini memerlukan kepada ketelitian dan teknik yang boleh membantu mencapai fokus terbaik melalui beberapa cara.
1. Manual Melalui Imej Preview
Salah satu teknik paling asas adalah menggunakan Image Preview (atau LiveView)yang memaparkan imej dari kamera secara berterusan dan melaraskan fokuser sehingga bintang menjadi titik paling kecil dan bintang yang malap dan halus muncul dengan banyak (pada titik fokus paling terbaik).
2. Menggunakan Bahtinov Mask
Penapis Bahtinov Mask merupakan salah satu alat khusus yang boleh membantu pencerap melaras fokus dengan tepat dan cepat. Apabila ia dipasang dihadapan teleskop, cahaya bintang yang masuk ke teleskop akan menghasilkan cabang berbentuk 'X' dengan satu tiang yang boleh bergerak atau dilaras.
Apabila focus tepat dicapai, tiang ini akan terletak di tengah-tengah 'X'.
3. Menggunakan Perisian
Sejak kamera mengalami pendigitalan dan kawalan elektronik sistem pemfokus teleskop, tugas mencari titik fokus paling baik kini menjadi lebih mudah. Malah hingga ke tahap automasi sepenuhnya. Ia semudah menyambungkan semua peralatan kepada sistem kawalan seperti ASiair atau komputer (N.I.N.A, Sequence Generator) dan membuat tetapan dalam perisian dan membiarkan sistem berjalan sendiri dalam menentukan titik fokus terbaik sewaktu pengimejan berjalan. Berikut adalah contoh graf yang terhasil apabila perisian membuat pelarasan kepada fokuser dan melihat lokasi titik fokus yang menghasilkan imej yang paling tajam.
Ia menjadi keperluan terutama kepada negara dan tempat yang mengalami perubahan suhu yang ekstrem seperti 10-20 darjah Celcius kerana pengecutan besi-besi pada teleskop memberi kesan kepada titik fokus yang akan berubah sepanjang malam selama suhu berubah dengan banyak. Di Malaysia, perbezaan suhu sekitar 4-5 darjah Celsius dan panjang fokus teleskop yang selalu kecil kurang memberi impak berbanding mereka. Berikut adalah contoh cara menggunakan autofocus N.I.N.A.