Teleskop jenis pantulan menggunakan pendekatan berbeza dalam mengumpulkan cahaya. Ia menggunakan beberapa jenis cermin yang melengkung dan memantulkan cahaya dalam haluan yang tertentu bagi membesarkan imej objek yang dicerap. Cermin ini terbahagi kepada cermin primer iaitu cermin yang paling besar yang mengumpulkan cahaya secara terus dari objek yang dicerap. Ia seterusnya dipantulkan kepada cermin sekunder yang menumpukan lagi cahaya dari cermin primer kepada kanta mata untuk dicerap atau kepada instrumentasi seperti kamera.
Terdapat kelebihan dan kekurangan bagi setiap teleskop pembias dan pemantul. Antara kelebihan teleskop pembias adalah kontras imej yang dihasilkan adalah lebih tinggi dan tajam. Manakala kelebihan utama teleskop pantulan adalah size teleskop yang jauh lebih padat dan kecil bagi kuasa pengumpulan cahaya atau pembesaran yang sama.
Cahaya memasuki tiub.
Kemudian cahaya itu dipantul oleh cermin utama berbentuk cekung yang menghala ke cermin kecil dipanggil cermin kedua.
Cermin kedua memantul cahaya ke kanta mata. Biasanya kanta mata terletak disisi tiub teleskop.
Kanta mata boleh diselaraskan untuk memfokuskan imej yang dipantulkan itu.
Keunikan teleskop pantulan atau cermin ini adalah ia datang dalam pelbagai jenis bentuk. Ini kerana terdapat banyak kemajuan dari segi sains yang membolehkan ciri-ciri cermin ditambah baik bagi mendapatkan imej atau kemampuan mengumpul cahaya yang lebih baik.
Inilah jenis optik teleskop berasaskan cermin pertama yang diasaskan oleh Isaac Newton.
Teleskop pantulan dengan jenis fokus yang tetap. Memudahkan penempatan instrumentasi yang boleh kekal pada kedudukan tetap.
Panjang fokus yang tinggi. Antara yang terbaik untuk cerapan planet.
Teleskop pantulan pertama dengan titik focus di belakang cermin utama.
Teleskop pemantul ini mudah alih, mudah untuk bawa kemana-mana dan mudah untuk penyimpanan. Ia juga merupakan teleskop mampu milik kerana kos membuat cermin lebih murah daripada kos membuat kanta.
Cermin teleskop ini mungkin memerlukan penyelarasan semula kerana ia mudah terkeluar dari penjajaran akibat dari kesan hentakan atau perubahan suhu. Sesetengah teleskop pemantul mempunyai kesalahan optik seperti aberasi sfera yang akan mengganggu kualiti imej.