Perkara paling asas bagi sebarang setup astrofoto adalah penentuan Utara Benar (True North). Ia adalah amat penting kerana akan menentukan tahap kejituan tracking & GoTo sistem pelekap/mounting/tracker yang digunakan.
Selalunya penggunanaan kompas magnetik adalah meluas bagi tujuan ini. Namun ketepatannya bagi penggunaan astrofoto adalah kurang sesuai. Ini kerana kompas magnetik banyak dipengaruhi oleh keadaan persekitaran yang boleh mengganggu medan magnet terutama dengan kehadiran jisim besi dalam struktur seperti bangunan.
Oleh itu, penentuan utara benar menggunakan kedudukan objek yang lebih jitu seperti kedudukan matahari adalah lebih baik. Ini kerana berdasarkan lokasi dan masa, kedudukan matahari di langit boleh ditentukan dengan tepat dan bayang yang dihasilkan oleh matahari sesuai digunakan apabila digabungkan dengan perisian seperti
1. Pastikan tapak pencerapan adalah kawasan yang rata.
2. Tegakkan objek lurus seperti marker agar bayang yang lurus terhasil.
3. Lancar aplikasi Sun Compass di peranti.
4. Hidupkan GPS peranti.
5. Letakkan peranti bersebelahan dengan marker tersebut agar penunjuk Matahari selaras dengan arah bayang-bayang.
6. Sisi peranti akan menandakan arah Utara Benar (True North). Tandakan arah tersebut agar nampak dengan jelas.
7. Posisikan mount dimana arah Utara tripod selaras dengan arah Utara Benar yang ditanda.
8. Akhir sekali, pastikan teleskop, menghadap arah Utara Benar tersebut menandakan posisi Home sebelum mula pencerapan.
9. Sesi pencerapan boleh dimulakan.