Imej Jejak Bintang (star trail) merujuk kepada jejak cahaya berbentuk lengkung atau garisan yang terbentuk pada gambar langit malam akibat pergerakan ketara bintang di langit ketika kamera melakukan pendedahan panjang (long exposure)
Hemisfera Utara
Jika kamera astrofotografi di hemisfera utara diarahkan ke langit utara, bintang-bintang akan kelihatan berputar mengelilingi Polaris, iaitu bintang utara. Hal ini kerana Polaris hampir sejajar dengan kutub utara langit, menjadikannya kelihatan hampir statik di tengah imej. Akibatnya, corak star trail yang terhasil membentuk bulatan pekeliling dengan pusatnya berpusat pada Polaris.
Khatulistiwa
Di kawasan khatulistiwa, jika kamera diarahkan ke utara, bintang-bintang akan kelihatan berputar membentuk separuh bulatan ke arah utara, manakala jika kamera menghala ke selatan, bintang pula akan berputar membentuk separuh bulatan ke arah selatan. Corak star trail yang terhasil menunjukkan lingkaran separa bulatan ke arah atas apabila kamera menghadap utara dan separa bulatan ke arah bawah apabila menghadap selatan. Sementara itu, jika kamera diarahkan tepat ke timur atau barat, star trail yang terbentuk bukan berbentuk lengkung, sebaliknya muncul sebagai garisan lurus yang kelihatan naik atau turun.
Hemisfera Selatan
Jika kamera diarahkan ke selatan di hemisfera selatan, bintang-bintang akan kelihatan berputar mengelilingi kutub selatan langit. Perbezaannya dengan hemisfera utara ialah di kawasan ini tidak terdapat bintang terang yang tepat berada di kutub selatan, berbeza dengan Polaris yang menjadi penanda kutub di utara. Oleh itu, corak star trail yang terhasil membentuk bulatan pekeliling berpusat pada kutub selatan langit, tetapi bahagian tengahnya kelihatan agak kosong kerana ketiadaan bintang yang jelas di titik pusat tersebut.
Di khatulistiwa, bentuk star trail berbeza-beza bergantung pada arah kamera diarahkan