CCD bermaksud Peranti Caj-Bersama adalah alat elektronik untuk mengesan cahaya. Dalam bidang astronomi, para ahli astronomi memerlukan alat ini kerana CCD adalah cip silikon nipis yang berfungsi untuk mengumpul cahaya (foton) dan menukarkannya kepada tenaga elektron dalam piksel.
Cip ini dibahagikan kepada beribu-ribu atau berjuta-juta petak cahaya yang dikenali sebagai piksel (photosite). Setiap piksel dikelilingi oleh sempadan bukan konduktif dimana ia mengandungi caj yang dikumpul dalam tempoh pendedahan (exposure) di piksel.
Atas: Sebuah cip CCD mengandungi pelbagai photosite (petak) dan serial register untuk membaca data imej.
Atas: piksel (petak diatas) mengumpul cahaya dan menukarkannya kepada cas elektrik. "Telaga" mula diisi dengan caj. Kawasan yang cerah (kelabu terang) diisi lebih cepat berbanding kawasan gelap (kelabu gelap dan hitam)
Jika kawasan pengimejan CCD adalah objek yang cerah seperti bintang (yang mengeluarkan banyak foton), kawasan piksel itu akan diisi elektron dengan lebih banyak berbanding di kawasan pengimejan yang malap seperti langit malam yang hitam.
Setelah selesai pendedahan (exposure), caj itu dipindahkan daripada CCD dan dipaparkan pada monitor komputer.
Piksel dibaca satu baris pada satu masa, ke bahagian serial register yang berada dibawah. Kemudian serial register memindahkan caj dari setiap piksel kepada nod output. Dari situ caj-caj itu dihantar ke unit elektronik kamera dimana elektron didigitalkan.
Baris pertama photosite/piksel beralih ke dalam serial register dan dibacakan.
Setiap baris piksel beralih ke baris seterusnya. baris bawah dipindah ke dalam serial register dan dihantar ke komputer.
Proses ini berterusan sehingga semua piksel telah dibacakan.
Susunan lensa mikro (juga dirujuk sebagai susunan mikrolentikular/microlenticular atau susunan lenslet) adalah digunakan untuk meningkatkan faktor isian optik ke CCD, seperti peranti interline-transfer, yang mengalami bukaan berkurangan disebabkan oleh pelindung logam. Dengan adanya sistem kanta kecil ini ia akan berfungsi sebagai memberi tumpuan kepada cahaya masuk ke dalam permukaan fotodiod (photodiode) dan tidak membiarkan foton itu jatuh pada kawasan luar peranti fotosensitif (photosensitive), kerana akan menyebabkan maklumant pengimejan yang terkumpul oleh CCD akan hilang.
Penambahan susnan lensa mikro kepada fotodiod CCD coleh meningkatkan isian foton kepada 3 kali ganda tercapai tanpa komponen optikal yang kecil. Peningkatan faktor isian menghasilkan pertambahan sesitiviti fotodiod.