Secara asasnya optik untuk astrofotografi terbahagi kepada dua iaitu teleskop dan lensa kamera. Kedua-dua alat ini sangat penting untuk merakam gambar.
Fungsi utama optik adalah untuk mengumpul dan menumpukan cahaya. Pada masa yang sama ia membesarkan saiz objek yang dilihat.
TELESKOP
Teleskop adalah instrumen untuk melihat objek samawi yang jauh, sama ada pada waktu malam mahupun siang. Antara objek yang menjadi tumpuan untuk dicerap oleh ahli astronomi lihat ialah bulan, matahari, planet-planet, galaksi, nebula dan lain-lain.
Secara asasnya terdapat dua jenis teleskop iaitu pembias (refractor) menggunakan kanta dan pantulan (reflector) yang menggunakan cermin. Fungsi sesebuah teleskop di balai cerap adalah untuk mengumpulkan cahaya khususnya dalam gelombang cahaya tampak (380-740 nm). Namun terdapat perbezaan cara ia mengumpulkan cahaya antara kedua-dua teleskop tersebut.
Terdapat 3 jenis teleskop iaitu teleskop pemantul, teleskop pembias dan gabungan antara keduanya yang dikenali sebagai katadioptrik.
Pada zaman dahulu kegunaan teleskop adalah untuk melihat musuh perang dari jauh. Pada tahun 1609, seorang ahli fizik dan juga seorang ahli astronomi Itali bernama Galileo Galilei menggunakan teleskop untuk mencerap langit pada waktu malam.
Beliau melihat sesuatu yang belum pernah dilihat oleh orang lain iaitu kawah bulan dengan hanya menggunakan teleskop yang kecil, dengan teleskop itu juga beliau mampu melihat kawasan gunung serta lembah di bulan. Kemudian Galileo menghala ke arah satu cahaya yang sangat terang iaitu planet Musytari.
Dengan teleskop itu Mustari kelihatanagak kabur dan sukar untuk dilihat dengan lebih jelas kerana kualiti kanta yang tidak bagus, maka beliau membuat kesimpulan bahawa Musytari berbentuk sfera. Cerapan pada malam berikutnya Galileo mendapati terdapat beberapa bulan yang mengelilingi planet musytari.
Teleskop dipilih bergantung kepada objektif ceparan ataupun kemampuan satu-satu organisasi mahupun individu. Sebagai contoh, kebanyakan peminat yang meminati memerhati planet, mereka akan selalu memilih teleskop dengan diameter besar jenis pemantul kerana keperluan kepada kuasa pembesaran yang tinggi dan kos yang lebih murah serta saiz yg lebih kecil.