Cerapan hilal ialah aktiviti melihat anak bulan yang menandakan permulaan bulan baharu dalam kalendar HIjrah Islam terutama sekalli bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.
Cara Memasang Teleskop untuk Cerapan Hilal Rasmi
Gunakan aplikasi Sun Compass untuk menentukan arah Utara benar dengan cara:
- Mendirikan satu pen marker di atas ground untuk melihat bayang-bayangnya. Pastikan pen marker tersebut boleh didirikan dengan tegak, menandakan ground ialah rata.
- Buka aplikasi Sun Compass di dalam telefon bimbit dan selaraskan jarum penunjuk Matahari dengan bayang-bayang pen marker.
- Gunakan sisi telefon untuk melukis garis Utara benar di atas permukaan lantai.
Selaraskan kedudukan tripod mengikut tanda Utara benar yang telah dilukis. Pastikan kaki tripod stabil dengan merujuk kepada penstabil gelembung pada mount.
Pasangkan pemberat.
Setkan kedudukan altitud teleskop pada 6.4 darjah.
Pasangkan teleskop pada mount, dan kamera pada teleskop tersebut.
Seimbangkan tripod dan kemudian laraskan paksi RA dan dec.
Laraskan kedudukan bar pemberat supaya selari dengan bahagian tengah half pier dan teleskop dengan mount.
Sambungkan mount dan kamera ke sumber tenaga dan hidupkan mereka.
Sambungkan kamera ke komputer riba.
Buka perisian SharpCap dan klik pada 'Camera' untuk menyambungkannya.
Tujukan teleskop ke matahari dan lakukan pembetulan terhadap kedudukan telescope agar Matahari berada di tengah-tengah skrin.
Ubah kadar fokus, gain, dan exposure sehingga imej Matahari di skrin ternampak jelas.
Tekan butang ‘capture’ untuk menangkap imej yang sedang diperhatikan oleh teleskop.