ASIair merupakan sebuah peranti yang dapat diakses melalui perisian ASIair di peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. ASIair berfungsi sebagai mini komputer yang memberi arahan kepada mount seperti tracking dan polar allignment. keunikkan ASIair adalah ia dapat diakses secara wireless menerusi peranti mudah alih yang digunakan. Manakala ASIair itu disambungkan ke mount dan kamera astronomi melalui port USB yang disediakan.
Apabila ASIair dihudpkan ia akan memancarkan signal wifi yang tersendiri, peranti yang digunakan hendaklah disambungkan ke wifi tersebut untuk medapat akses ke setiap peralatan yang disambungkan ke ASIair tersebut.
ASIair hanya mampu mengenal pasti kamera astronomi ZWO ASI. Oleh itu, amatlah disarankan untuk hanya menggunakan ASIair sekiranya kamera ZWO ASI digunak pakai sewaktu pencerapan.
Sambungkan mount, kamera dan apa-apa aksesori lain yang digunakan ke port USB ASIair.
Gunakan port USB 3.0 untuk sambungan kamera dan 2.0 untuk mount.
Pastikan kedudukan mount menghadap Utara.
Sambungkan mount, kamera, ASiair dan peralatan lain ke sumber tenaga.
Hidupkan semua peralatan yang digunakan.
Sambungkan peranti ke wifi ASIair.
Gunakan kata laluan: 12345678 , sekiranya tidak dapat sambung ke wifi ASIair.
Lancarkan perisian ASIair di peranti mudah alih.
Tekan "Enter Device" didalam perisian.
8. Setelah peranti ASIair berjaya di kenal pasti oleh perisian, paparan seperti di atas dapat dilihat.
9. Masukkan informasi yang betul didalam setiap ruang yang disediakan.
10. Tekan "Enter" setelah siap.
11. Pastikan setiap peralatan yang digunakan telah disambungkan dalam perisian ASIai tersebut.
12. Tekan bahagian 'About' untuk akses fungsi Polar Allign ASIair.
13. Hidupkan fungsi 'All Sky Polar Allign' di bawah bahagian 'Experimental Features'.
14. Kembali ke paparan 'Home' untuk menggunakan fungsi Polar Allign.
15. Tekan butang 'Preview' untuk mengakses fungsi camera yang lain termasuk PA (Polar Allign).
16. Tukar ke mod PA.
17. Seperti yang dinyatakan tujukan telescope ke arah langit yang jelas dan tidak terlindung, dan pastikan sekiranya mount mula bergerak ke Barat ia tidak akan menghala teleskop kearah meridian atau berlanggar dengan tripod mount.
18. Setelah sedia klik butan 'Play' untuk mula Polar Allign.
19. Tunggu sehingga ASIair siap mengambil gambar bintang di langit untuk tujuan 'Plate Solving' dan menentukan jumlah ralat kedudukan teleskop.
20. Setelah siap 'Plate Solving', jumlah ralat akan dipaparkan beserta emoji yang menandakan sejauh mana kedudukan teleskop perlu dibaik pulih.
21. Gerakkan mount seperti yang diarahkan sehingga emoji bertukar menjadi emoji senyum, menandakan jumlah ralat amatlah kecil. Tanda kotak 'Auto' agar jumlah ralat sentiasa dikemaskini apabila kedudukan mount diubah.
22. Tekan Butang 'Finish' menandakan selesai langkah Polar Allign menggunakan ASIair.