Jumlah elektron (e-) yang terkumpul dalam setiap satu piksel diwakili oleh nombor dalam "unit" DN (Data Number) atau ADU (Analog-Data Unit). sehingga kini, biasanya pengubah A/D telah menggunakan 15 bit untuk mewakili nombor-nombor data dan 1 bit untuk penanda. Oleh itu, julat dinamik (Dynamic Range) e ±(2^15−1) = ±32,767. Oleh kerana tiada sumber anti-foton, adalah wajar menggunakan semua 16 bit untuk nombor data yang positif dan banyak dalam sistem kini mempunyai julat dinamik untuk nombor data: 2^16 − 1 = 65, 535.
Secara amnya, nombor yang dikira dalam setiap satu piksel BUKANLAH bilangan foto-elektron yang dikesan tetapi berkaitan dengan e- melalui penukaran e-/DN:
Inverse-Gain: (hampir semua orang akan merujuk gain ini dan guna sesuatu seperti "G" sebagai wakil) ini adalah faktor penukaran dalam unit e-/DN.
Simbol "G" akan digunakan untuk gain dalam unit e-/DN.