WHERE STARS ARE THE LIMIT... OR MAYBE NOT...
Astronomi & Fotografi. Satu bidang khusus yang menggabungkan kemahiran merakam gambar dan objek-objek langit, cakerawala dan samawi.
Ia merupakan asas kepada kajian dan penyelidikan berkaitan astronomi khususnya dalam bidang optikal. Namun memerlukan kemahiran yang tinggi terutama dari ahli fotografi yang menjadikannya sebagai satu hobi. Ia kerana ia memerlukan kemahiran khusus yang tidak digunakan dalam bidang fotografi yang lain.
Secara asasnya astrofotografi terbahagi kepada 3 peringkat seperti di bawah.
Setiap satu proses di atas ini memerlukan skill set yang tersendiri yang memerlukan kepada pengetahuan, pengalaman dan kemahiran lanjut. Kemahiran ini memakan masa yang lama untuk dibina. Namun dengan kemajuan teknologi dan komputer serta AI, banyak juga proses ini semakin dipermudahkan. Walau bagaimanapun, kemahiran asas dalam bidang ini banyak membantu apabila menghadapi sebarang kesukaran dalam mana-mana proses sehingga terhasilnya satu imej astrofoto yang cantik.