Objek DeepSky
Menangkap imej objek deep sky merupakan suatu aktiviti paling memuaskan dalam bidang astronomy. Hal ini kerana, melalui pengimejan objek deep sky kita dapat melihat keindahan alam semesta seperti melihat tempat kelahiran dan kematian bintang (Nebula) dan keunikkan galaksi-galaksi di alam semesta. Untuk merakamnya, memerlukan kesabaran, ketelitian, serta kefahaman tentang peralatan dan pemprosesan imej.
Apa itu Objek DeepSky?
Objek langit dalam ialah struktur di angkasa yang berada jauh di luar Sistem Suria. Antara kategorinya ialah:
1- Nebula – awan besar gas dan debu tempat kelahiran atau kematian bintang (contoh: Nebula Orion).
Sebagai contoh:
NGC 6334, atau nebula tapak kaki kucing terkenal dengan bentuknya yang menyerupai tapak kaki kucing.
M 42, Orion Nebula, merupakan suatu Nebula yang terletak dalam buruj Orion atau Belantik.
M 16, terkenal dengan nama yang lain seperti Pillars of Creation disebabkan ia merupakan tempat aktif kelahiran bintang-bintang.
2- Galaksi- Seperti galaksi kita Bima Sakti, terdapat galaksi-galaksi lain di alam semesta yang mampu ditangkap sekiranya menggunakan peralatan yang sesuai.
Sebagai contoh:
M 31, Galaksi Andromeda, merupakan galasksi jiran kepada galaksi kita Bima Sakti kerana ia merupakan galaksi paling hampir dengan galaksi kita.
NGC 4038, Galaksi Antena menggambarkan dua galaksi yang bertembung menghasilkan bentuk hati.
3- Gugusan Bintang- gugusan bintang merupakan bintang-bintang yang kelihatan berada berhampiran dengan satu sama lain di satu kawasan yang sama.
Antaranya:
M45, Pleiades merupakan gugusan bintang di dalam buruj Taurus. Ia juga dikenali sebagai jula juli bintang tujuh
M3, Gugusan bintang Globular, merupakan gugusan bintang yang berkumpul dalam kuatiti yang banyak( 10,000 hingga 1,000,000 bintang)
Peralatan bagi Pengimejan Objek Deep Sky
Siperti yang dijangkap objek deep sky merupakan objek yang terletak jauh dari planet Bumi dan Sistem Suria. Hal ini menyebabkan cahaya daripada objek tersebut amat malap dan sukar diperhatikan oleh mata kasar. Malah dengan menggunakan peralatan yang canggih sekalipun jika tidak menggunakan teknik yang betul masih sukar memperoleh imej objek deep sky. Antara peralatan yang biasa digunakan oleh ahli astronomi adalah seperti berikut:
Teleskop
Teleskop memberi keupayaan untuk kita mengumpul cahaya dari objek jauh dan malap maka menjadikannya lebih jelas di maat kasar.
Mounting
Mounting membolehkan teleskop yang digunakan stabil ketika ia sedang ditujukan ke sesuatu objek langit. Menerusi mounting juga, teleskop boleh dikawal dan ditujukan ke objek yang dipilih.
Camera CCD/CMOS
Kamera yang sesuai membantu proses penangkapan objek deep sky. Imej-imej malap yang ditangkap dapat diproses untuk menjadikannya kelihatan lebih jelas dan menarik.
Filter Wheel atau Filter
Penapis(filter) membantu mengasingkan spektrum cahaya tertentu mengikut kesesuaian objek yang hendak ditangkap.