Sebahagian dari proses merancang adalah termasuk merancang peralatan yang sesuai untuk jenis astrofoto yang ingin dihasilkan. Namun, tidak salah juga untuk menggunakan peralatan yang telah sedia ada untuk membuat perancangan jenis astrofoto yang boleh dijalankan. Malah ia juga lebih mudah untuk dilakukan.
Berikut adalah beberapa kategori peralatan asas yang diperlukan secara umum dalam bidang astrofotografi yang boleh dijadikan panduan. Namun ia bukan mandatori kerana kadangkala terdapat alternatif lain yang mungkin lebih sesuai dengan keperluan serta bajet yang mungkin terhad.
Penjejak/Pelekap/ Mounting/Tracker/Tripod
Optik
Kamera
Sistem Kawalan
Lokasi yang juga merupakan dari proses merancang, perlu diberi perhatian dalam proses rakaman. Ini kerana gangguan pencemaran cahaya sekarang di Malaysia yang semakin serius dan mengurangkan kawasan yang masih berpotensi untuk merakam imej malam. Faktor cuaca seperti awan juga menyebabkan kawasan yang sesuai untuk aktiviti astronomi dan astrofotografi menjadi lebih terhad.
Antara laman web yang boleh digunakan sebagai panduan adalah Dark Site Finder dan Light Pollution Map. Selain itu, laman web Windy boleh digunakan untuk melihat taburan awan di kawasan-kawasan tertentu.