Model Stephen Kemmis

Grundy dan Kemmis (1981) 

Fasa Perancangan

Fasa pertama ini merupakan fasa perancangan tindakan untuk memperbaiki amalan setelah guru memperolehi maklumat dan kritikan tentang tindakan amalan yang kurang berkesan atau bermasalah. Peninjauan (reconnaisance) dan kritikan rakan sekerja boleh membantu guru memberi focus kepada sesuatu isu yang menjadi masalah. Setelah mendapatkan isu, guru perlu merancang bagaimana hendak menjalankan inkuiri. Perancangan yang dibina perlu bersifat fleksibel untuk membolehkan adaptasi dilakukan ke atas kesan dan halangan yang tidak dapat dilihat. Perancangan ini akan membantu guru memperhalusi apa yang ingin diberikan perhatian. Antara soalan utama yang boleh ditanya kepada diri sendiri ialah:

Fasa Tindakan

Setelah guru dapat menjawab kesemua soalan ini, guru perlu membuat keputusan tentang apakah tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru tidak seharusnya khuatir tentang tindakan yang akan diambil sama ada dapat menyelesaikan masalah dengan kadar segera atau sebaliknya. Sekiranya guru cuba menyelesaikan dengan kadar segera, ada kemungkinan guru akan menjadi kaku dan gagal untuk bertindak selanjutnya. Perkara yang lebih penting ialah guru akan melakukan sesuatu yang mungkin akan dapat membantunya menyelesaikan masalah. Tindakan yang diambil perlu bersifat tindakan strategik yang akan menghasilkan sesuatu perubahan amalan. Mungkin akan timbul pada isu seterusnya yang memerlukan kitaran kedua kajian dibuat.

Fasa Pemerhatian

Pemerhatian akan dibuat ke atas tindakan amalan-amalan baru untuk membolehkan bukti-bukti diperolehi dan dibuat penilaian. Pemerhatian perlu dirancang dan catatan jurnal dibuat untuk tujuan dokumentasi dan rujukan semula. Proses tindakan dan kesannya dalam konteks situasi perlu dibuat pemerhatian secara individu atau kelompok. Guru perlu menggunakan lebih daripada satu cara mengumpulkan data untuk membolehkan dibuat triangulasi. Triangulasi merupakan kekuatan untuk memperolehi data dalam sesuatu kajian.