Ciri-ciri dan Kepentingan
Ciri-ciri Penyelidikan Tindakan
Membuat refleksi dan memperbaiki kerja sendiri
Menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan
Menyebarkan dan berkongsi pengalaman kepada peserta dan mereka yang berminat.
Penglibatan dalam pengumpulan data dan empowerment.
Kolaborasi dengan mewujudkan suatu komuniti berfikiran kritis -dilakukan oleh guru dalam konteks harian.
Penilaian dan refleksi kendiri dan berkomitmen untuk meningkatkan kefahaman praktis untuk memperbaiki amalan pendidikan.
Pembelajaran progresif secara berterusan dalam suatu lingkaran.
Kepentingan Penyelidikan Tindakan
Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;
Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan;
Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri;
Dapat meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif;
Dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum;
Dapat membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan ; dan
Dapat merapatkan tali silaturrahim dalam kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.