Jenis-jenis Penyelidikan

Penyelidikan Asas

Penyelidikan asas juga dikenali sebagai penyelidikan tulen. Penyelidikan ini dapat meningkatkan kefahaman prinsip–prinsip asas tentang ilmu pengetahuan baru tanpa mengambil kira faedahnya, untuk jangka masa panjang. Ia dilakukan apabila timbul rasa ingin tahu tentang sesuatu hal. Dalam penyelidikan asas, teori disediakan dan diaplikasi untuk menghasilkan konsep yang dapat digunakan sewaktu menyelesaikan masalah pendidikan.

Penyelidikan Gunaan

Penyelidikan gunaan merupakan penyelidikan yang dibuat untuk mengakses atau menggunakan sebahagian himpunan teori,pengetahuan, kaedah serta teknik komuniti penyelidik, dengan tujuan untuk meninjau keberkesanannya dalam menyelesaikan masalah praktikal. Penyelidikan gunaan menyediakan semula pembentukan sesuatu teori. Contohnya, kajian penyesuaian pelbagai gaya pembelajaran semasa mengajar pendidikan akhlak.

Penyelidikan Tindakan

Penyelidikan tindakan merupakan suatu proses reflektif yang menggabungkan tindakan dan penyelidikan untuk menyelesaikan

masalah tentang persoalan tertentu, isu atau fenomena. Ianya dijalankan secara progresif dan dikendalikan oleh individu atau

kumpulan penyelidik dengan dibantu oleh penyelidik professional.

Penyelidikan Penilaian

Penyelidikan penilaian adalah adalah penyelidikan yang dijalankan untuk mengukur keberkesanan atau pencapaian sesuatu projek, program, konsep atau kempen. Ia dijalankan untuk menentukan projek atau program berkenaan mengikut langkah-langkah serta mengikut objektif yang telah ditetapkankan.