Definisi dan Konsep

Definisi

Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka,  penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat iaitu tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.


Penyelidikan Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka. Dalam bidang pendidikan, penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik-penyelidik seperti pensyarah, guru-guru, pengetua, atau penuntut (mereka ini boleh menjadi sebagai penyelidik atau peserta yang diselidik) untuk memperbaiki dari segi amalan sosial dan pendidikan kendiri, kefahaman terhadap amalan kendiri, situasi di mana amalan tersebut dijalankan. 

Konsep

Satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial.

Tujuan:

Penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat iaitu tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.