Pernyataan Masalah

Pernyataan masalah boleh ditulis sebagai tujuan am kajian atau dalam bentuk persoalan kajian. Pada amnya kenyataan ini amat spesifik dan mengandungi variable kajian. Sekiranya anda menggunakan hipotesis, sebagaimana lazimnya dalam kajian kuantitatif, ia juga perlu anda nyatakan. Berikut adalah contoh-contoh pernyataan masalah kajian dalam bentuk soalan.

  1. Apakah keperluan profesional sesuatu kumpulan guru Pendidikan Islam tertentu?

  2. Apakah mereka memerlukan kursus pedagogikal, Pemantapan Ilmu Wahyu, kandungan Pendidikan Islam, pengendalian kelas atau mana-mana kursus lain?

  3. Adakah kursus-kursus profesional perlu dibezakan untuk guru-guru berdasarkan kadar gaji bulanan?

  4. Adakah murid-murid yang mengikuti Kelas Fardhu Ain mempunyai keupayaan kemahiran bacaan, pergerakan dan penghayatan solat lebih baik daripada murid-murid yang tidak mengikuti Kelas Fardhu Ain?