Model Jean McNiff
Model Jean McNiff (1988)
Seperti Whitehead, McNiff mengambil langkah-langkah asas proses penyelidikan tindakan seperti yang dinyatakan dalam penulisannya bersama Lomax dan Whitehead, 1996 sebagai berikut:
Melihat semula amalan semasa
Mengenalpasti aspek yang ingin dikaji
Membayangkan langkah-langkah maju ke hadapan
Mencuba langkah-langkah tersebut
Ambil perhatian apa yang berlaku
Membuat modifikasi amalan dan terus mencubanya (cuba lagi dengan yang lain sekiranya cara baru itu tidak memberikan kesan positif)
Memantau apa yang dilakukan
Melihat semula dan membuat penilaian ke atas tindakan atau amalan yang telah dimodifikasi
Dan seterusnya masuk ke lingkaran kedua
Menurut McNiff lagi, terdapat dua proses yang berlaku iaitu tindakan sistematik penyelidik semasa melalui langkah-langkah di atas dan proses pembelajaran. Tindakan merangkumi proses pembelajaran yang berlaku dan pembelajaran itu pula diperolehi melalui amalan refleksi ke atas tindakan tersebut. Oleh itu, semasa membuat laporan, kedua-dua proses itu perlu dilaporkan.
Langkah-langkah di atas, telah dirumuskan oleh McNiff (2001) dalam modelnya seperti berikut:
Mengenalpasti bidang amalan yang ingin dibuat penyelidikan
Membayangkan langkah/jalan penyelesaian (solution)
Melaksanakan langkah-langkah penyelesaian
Menilai penyelesaian yang dibuat
Mengubah amalan berdasarkan maklumat penilaian
Kitaran penyelidikan tindakan ini akan membentuk kitaran kedua dan seterusnya apabila bidang atau masalah baru mula ditemui pada masa yang sama. Pilin atau kitaran seterusnya terbentuk untuk membolehkan penyelidik mengambil langkah-langkah penyelesaian yang baru. Proses ini digambarkan dengan gambar rajah di bawah:
https://www.researchgate.net/publication/255550987_Connecting_Practice_to_Research_and_back_to_Practice_Making_the_leap_from_design_practice_to_design_research/figures?lo=1