Penyelidikan Dalam Pendidikan
Selamat Datang!
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat diberi pendedahan tentang asas penyelidikan serta kemahiran merancang dan menghasilkan kertas cadangan penyelidikan dalam pendidikan. Seterusnya, menjadi satu amalan dan sebahagian daripada tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik.
Pada akhir kursus ini pelajar dapat:
Menjelaskan asas dan proses penyelidikan dalam pendidikan.
Menganalisis isu-isu dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan.
Memberi justifikasi cadangan kajian secara kritis dan profesional melalui pembentangan.
Menghasilkan satu kertas cadangan penyelidikan dalam pendidikan dengan mengambil kira etika dalam penyelidikan dan merujuk kepada pelbagai sumber yang relevan.