Latar Belakang

Latar Belakang Masalah Kajian

Dalam bahagian ini, anda perlu huraikan masalah kajian yang telah anda kenal pasti dan terangkan kenapa perlunya kajian ini dibuat.  Anda juga harus melakarkan keadaan semasa atau isu-isu yang perlu ditangani, dan terangkan bagaimana kajian anda akan menghasilkan penyelesaian yang diperlukan atau menjelaskan masalah-masalah yang ada. Di sini anda juga boleh menjelaskan literatur yang berkaitan dengan kajian anda dan yang menghasilkan penemuan yang signifikan.