Fokus Kajian
(Kajian Penyelidikan)
Pemilihan Fokus Kajian
Mengenal pasti dan menghuraikan fokus kajian yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan dengan keperluan murid.
Menilai pemilihan fokus berdasarkan kriteria berikut:
Kebolehtadbiran (Berkeupayaan menangani masalah/ Kekangan yang dihadapi).
Kepentingan (Perkongsian ilmu pengetahuan dan memberi nilai tambah pedagogi).
Kebolehgunaan (boleh diaplikasikan ke dalam bidang tugas guru).
Kawalan (Bidang kajian berada di dalam ruang lingkup kuasa guru untuk bertindak termasuklah murid, alatan P&P).
Kolaborasi (Bantuan rakan guru/ Memudahkan perbincangan dan rujukan pakar/ Sokongan pihak pentadbir sekolah).
Kerelevanan kepada sekolah (Keperluan menangani masalah).
Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan amat jelas.
Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah/isu secara terperinci.
Menyertakan dokumen yang berkaitan sebagai data untuk membuat refleksi amalan P&P.
Menyatakan perkaitan dan kerelevanan dengan masalah/ isu.
Pengumpulan Data Awal
Data awal seperti ujian diagnostik, temu bual, buku latihan, rekod pencapaian dan seumpamanya yang berkaitan dengan isu yang dikaji.
Menunjukkan keprihatinan untuk menyelesaikan isu tersebut.
Perhatian:
Ulasan literatur haruslah digabung jalin sepanjang penulisan teks. Perkara-perkara berikut haruslah diberi perhatian dalam mengulas literatur:
Ulasan literatur berkaitan isu kajian.
Menghubungkaitkan artikel-artikel penyelidikan dengan isu keperihatinan yang telah dikenalpasti.
Penggunaan sedutan kata (quotation).
Penulisan rujukan menggunakan sistem APA terkini.
Sekurang-kurangnya 15 sumber pembacaan berkaitan yang merangkumi bahan- bahan daripada sumber buku, jurnal, artikel ilmiah dari laman web yang sah, tesis atau kajian terdahulu daripada universiti atau Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain