Model Kurt Lewin

Model Kurt Lewin (1948) 

Lewin (1946) menjelaskan bahawa sesebuah penyelidikan perlu diikuti dengan tindakan sosial. Beliau mengemukakan satu model pilin dan setiap pilin atau kitaran itu mengandungi lagkah-langkah perancangan, tindakan dan peninjauan atau pencarian fakta mengenai kesan atau keputusan sesuatu tindakan itu (Lewin, 1948). Kitaran tersebut dapat dilihat melalui gambar rajah di bawah:

Menurut Lewin, langkah pertama ini meneliti dan mengenalpasti sesuatu idea atau amalan. Ini diikuti dengan pencarian fakta berkaitan dengan situasi yang diperlukan. Sekiranya langkah awal ini dapat dilakukan, perancangan keseluruhan akan dibuat dan keputusannya akan dianggap sebagai langkah pertama sesuatu tindakan. Langkah seterusnya mengandungi langkah-langkah perancangan, pelaksanaan dan tinjauan atau pencarian fakta dengan tujuan untuk dibuat penilaian ke atas keputusan langkah kedua ini. Seterusnya, asas untuk langkah ketiga dibuat yang mungkin melibatkan pembetulan, penambahbaikan atau modifikasi rancangan keseluruhan tadi.