Kajian Kuantitatif

Kebolehpercayaan Kajian Kuantitatif

Kebolehpercayaan (reliability) bermakna kaedah tersebut bebas daripada kesilapan, di mana setiap kali pengukuran di buat berulang-ulang kali, tetapi keputusannya tetap konsisten, (Lambert, 2012; Mc Millan, 2008). Manakala menurut Chua Yan Piaw, (2006) kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan merujuk kepada keupayaan sesuatu kajian untuk memperoleh nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi. Sebagai contoh, ujian atau borang soal selidik itu dikatakan ‘reliable’ atau boleh dipercayai jika ianya memberi keputusan yang sama apabila ianya di uji atau diulang beberapa kali. Pada kebiasaanya, pengkaji bolehmenggunakan pelbagai cara untuk menunjukkan pengukuran atau skala mereka adalah ‘reliable’. Terdapat empat jenis pendekatan untuk menentukan kebolehpercayaan, seperti digambarkan dalam jadual di bawah.

Pendekatan dalam menentukan kebolehpercayaan data dalam kajian kuantitatif

Menggunakan pendekatan kebolehpercayaan antara dua pemerhati (Inter-Rater or Inter-Observer Reliability)Digunakan untuk menilai dan melihat sejauh mana dua atau lebih pemerhati/ penilai konsisten dalam menilai sesautu pekara. Jika peratus kedua-dua pemerhati ini dalam lingkungan ≥86 %, maka ini dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Peratusan ini melambangkan darjah persetujuan antara dua pemerhati/penilai yang berbeza

Menggunakan pendekatan pengujian semula (Test-Retest). Digunakan untuk menilai samada sesuatu pengukuran adalah konsisten apabila diukur pada masa yang berbeza.Pada kebiasaanya, pengkaji perlu mengukur sesuatu sampel/objek pada dua masa berbeza. Andaian yang dibuat adalah, apabila ukuran dibuat pada masa berbeza mempunyai nilai yang sama, maka kebolehpercayaan adalah tinggi.

Menggunakan pendekatan bentuk selari atau sama (Parallel-Forms). Digunakan untuk menilai sama ada hasil ujian konsisten ataupun tidak, di mana dua ujian yang berbeza perlu dibentuk bagi menguji sesuatu aspek. Ini bermakna pengkaji perlu, membina soalan-soalan yang banyak, kemudian membahagikan secara rawak kepada dua set soalan. Kedua-dua set soalan ini diberikan pada kumpulan sampel yang sama. Korelasi antara dua set soalan-soalan ini adalah sama, adalah anggaran kepada darjah kebolehpercayaan. Namun, pendekatan ini, memerlukan pengkaji membina banyak soalan yang menguji aspek yang sama.

Mengukur korelasi antara item yang mengukur aspek yang sama.Pengkaji akan memberikan satu bentuk instrumen sahaja kepada hanya satu kumpulan individu serta ianya sekali sahaja. Apabila keputusan yang konsisten diperolehi daripada items yang mengukur aspek yang sama, maka ianya mempunyai ketekalan dalaman. Antara contoh cara untuk mengukur ketekalan dalaman adalah dengan menggunakan coefficient alpha (Cronbach Alpha), ‘split-half’ dan sebagainya.

Kesahan

Kesahan adalah merujuk kepada sejauhmana ujian/skala/instrumen dapat mengukur sesuatu yang sepatutnya diukur (Suter, 1998; Lambert, 2012), sebagai contoh mudah, jika kita ingin mengukur berat gula kita perlu menggunakan alat penimbang dan bukannya pita pengukur atau pembaris. Jika kita menggunakan alat penimbang, ianya merupakan alat yang tepat (valid instrument). Dalam konteks kajian, sebagai contoh jika pengkaji ingin membentuk skala bagi mengukur ‘kepimpinan pengetua’ maka pengkaji perlu menenentukan dimensi atau aspek yang ingin diukur dan cuba mereka items/skala yang tepat bagi mengukur dimensi/aspek tesebut.

Jenis kesahan dalam kajian kuantitatif

Pengkaji perlu memastikan kandungan items-item yang dibina perlu menepati atau melambangkan aspek yang ingin diukur. Misalnya jika kita ingin mengukur kemahiran maka intipati items dalam instrumen kajian perlulah menepati dan merangkumi kemahiran yang ingin diukur.

Mendapat kesahan melalui perbandingan dengan kriteria luaran (external criterion). Kriteria luar ini merupakan satu standard dan jika aspek pengukuran kita adalah menepati standard ini, maka ianya dikatakan mempunyai kesahan. Terdapat dua pendekatan dalam kesahan kriteria ini iaitu ciri umum dan objektif. Melalui pendekatan ini hubungan antara skor ujian/ukuran dan kriteria luaran akan dikenalpasti sama ada menepati atau sebaliknya:

Construct adalah sesuatu yang trait yang diukur, misalnya kepandaian, motivasi, kebimbangan, sikap dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, untuk mengukur pencapaian akademik pelajar. Pengkaji perlu menentukan apakah construct yang perlu digunakan untuk mengukur pencapaian akademik dan ianya perlulah diuji sama ada consrtuct yang dipilih tersebut benarbenar menepati aspek ‘pencapaian akademik’.